[Video] Versi Terbaru UCAV “Bayraktar TB2S” Lebih Padu

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya syarikat Turki, Baykar Makina telah membina versi terbaharu UCAV “Bayraktar TB2”, yang akan menjadikan sistem pesawat tanpa pemandu itu lebih berkemampuan dalam jangka masa terdekat ini.

Versi sedia ada Bayraktar TB2 telah pun menunjukkan kemampuan yang cukup baik di Syria dan Libya dan terkini di Nagorno-Karabakh dalam membantu Azerbaijan merampas kembali wilayah selatan Kaukasus itu selepas 22 tahun kehilangannya.

Versi terbaru sistem UCAV Bayraktar TB2 itu akan lebih “ bertaring” selepas ini menerusi penambahbaikkan yang dlakukan.

UCAV Bayraktar TB2 (foto oleh Baykar Makina)

Syarikat Baykar Makina yang dimiliki oleh Selcuk Bayraktar, iaitu menantu kepada kepada Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan, telah menaiktaraf kemampuan Bayraktar TB2 dengan melengkapkannya dengan sistem komunikasi satelit (satellite link).

Versi terbaru sistem UCAV Turki ini dipanggil Bayraktar TB2”S” yang bermaksud “satelit.”

Versi sedia ada Bayraktar TB2 dikawal dan berhubung dengan pusat pemerintahannya menggunakan radio yang membataskan jarak operasinya.

Kini dengan sistem komunikasi satelit (satcom link), sistem UCAV Turki itu berkemampuan untuk beroperasi lebih jauh dan secara serentak (simultaneously) dengan sistem UCAV yang lain.

(Rakaman serangan oleh UCAV Bayraktar menggunakan peluru berpandu MAM-L di Nagorno Karabakh. )

Lebih jauh dan lebih berkemampuan pada masa depan.

Sistem komunikasi satelit yang bakal digunakan oleh Bayraktar TB2S telah dibangunkan oleh syarikat Turki sendiri, CTech yang mampu memindahkan data melebihi 20 megabits dalam sesaat kepada pusat pusat kawalan dan pemerintahannya.

Selain sistem komunikasi satelit UCAV Bayraktar TB2S juga akan dilengkapi dengan sistem kamera yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.

Kamera itu dinamakan “Common Aperture Targetting System (CATS)”.

Kamera pembidik dan pengimejan UCAV Bayraktar TB2. (foto Twitter)

Di dalam satu kenyataan oleh Baykar Makina, UCAV Bayraktar TB2 yang dilengkapi dengan sistem CATS telah berjaya menembak sasaran menggunakan sistem kamera terbaru itu yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan, Aselsan.

Sasaran itu ditembak menggunakan peluru berpandu “MAM-L” buat sebuah lagi syarikat pertahanan Turki, Roketsan.

Kini semua komponen penting yang menjadikan UCAV Bayraktar TB2 daripada sistem komunikasi, kamera pembidik (targeting camera) dan peluru berpandu dibangunkan oleh syarikat-syarikat pertahanan Turki.

Peluru berpandu MAM-L yang dibawa oleh UCAV Bayraktar TB2. (foto Twitter)

Pada Oktober lepas, Kanada mengumumkan ia telah menggantung lesen eksport senjata kepada Turki selepas mendakwa teknologi pertahanan negara itu digunakan oleh Ankara dalam konflik di Nagorno-Karabakh.

Beberapa pihak mendakwa UCAV Bayraktar TB2 menggunakan sistem bidikan dan camera yang dibuat oleh syarikat L3 Harris Wescam yang dipasang di Kanada.

Versi terbaru UCAV Bayraktar TB2S (Satellite). (foto Twitter)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Baykar MakinaBayraktar TB2ErdoganSelchuk BayraktarTurki