Turkish Aerospace Buka Pejabat Kejuruteraan, Rekabentuk Di Malaysia
Gergasi aeroangkasa dan pertahanan Turki, Turkish Aerospace Industries (TAI) telah membuka pusat kejuruteraan dan rekabentuk yang pertamanya di Asia Tenggara di Cyberjaya.
Browsing yearly archive
Gergasi aeroangkasa dan pertahanan Turki, Turkish Aerospace Industries (TAI) telah membuka pusat kejuruteraan dan rekabentuk yang pertamanya di Asia Tenggara di Cyberjaya.
Usaha China untuk menjadi pembekal pesawat tanpa pemandu (UAV) utama di dunia berhadapan dengan masalah besar, apabila satu demi satu negara yang menggunakan dronnya termasuk “CH-4” keluarannya telah mengambil keputusan untuk menghentikan penggunaan dron itu berikutan masalah teknikal yang amat serius, walaupun baru sahaja memperolehinya.
Dalam keghairahan kita membincangkan tentang perolehan 18-36 buah pesawat pejuang Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kita “terlupa” juga dengan cadangan perolehan Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE) yang juga dioperasikan oleh TUDM.
Walaupun telah diperkenalkan kepada dunia seawal tahun 2006, namun pesawat L-15 yang dibangunkan oleh China dilihat kurang berjaya dalam menarik pelanggan selain Tentera Udara China yang menggunakan kira-kira 100 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) itu serta Zambia.
Presiden Xi Jinping memberitahu pemimpin-pemimpin ASEAN bahawa China tidak akan “membuli” negara-negara jirannya yang lebih kecil, walaupun ketegangan memuncak berkenaan isu Laut China Selatan.
Syarikat Leonardo yang berpengkalan di Itali bukanlah asing di Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana ia telah lama bertapak di negara ini dengan beberapa produknya telah dan sedang digunakan oleh pelanggan-pelanggannya di negara ini seperti helikopter AW139 dan lain-lain lagi.
Seorang budak lelaki berusia 13 tahun bernama “Aliou” diraikan sebagai hero oleh penduduk tempatan di Burkina Faso dan diberikan gelaran “Sniper No 1 Burkina Faso” selepas beliau berjaya “menembak jatuh” sebuah dron peninjau (surveillance drone) milik Tentera Perancis dengan hanya menggunakan sebutir batu dan lastik.
Di dalam posting terbaru akaun media sosial Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini, kelihatan Panglima TLDM Tan Sri Reza Mohd Sany telah melawat kapal Littoral Mission Vessel (LMV) Tentera Laut Singapura, RSS Justice.
Sebagaimana yang kita tahu, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) menerusi pesawat pejuang ringannya, FA-50 merupakan salah satu pembida untuk tender Kementerian Pertahanan bagi perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pada Dubai Airshow yang baru sahaja berakhir, syarikat Russia, ROSTEC telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang pesawat pejuang terbarunya, Sukhoi Su-75 “Checkmate” yang diharapkan oleh Moscow untuk memberikan saingan kepada pesawat halimunan Amerika Syarikat iaitu, F-35.