Browsing monthly archive

November 2020

[Video] Kenderaan Tempur Angkatan Tentera Singapura “Hunter”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kenderaan tempur “Hunter” merupakan kenderaan berperisai kebanggaan Singapura, dibangunkan di dalam negara oleh Defence, Science and Technology Agency (DSTA) dengan ST Engineering dan Angkatan Tentera Singapura. “Hunter” ini telah mula dibangunkan sejak daripada tahun 2006 dan selepas beberapa prototaip hanya mula diterima masuk ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Singapura pada 2019. […]

Indonesia Pindah Ibu Pejabat Pasukan Kombat Tentera Laut ke Natuna

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi memastikan respons yang lebih berkesan dan pantas terhadap kemungkinan berlakunya konflik di Laut China Selatan, Indonesia memutuskan untuk memindahkan ibu pejabat pasukan kombat tentera lautnya ke Pulau Natuna. Ibu pejabat pasukan kombat tentera lautnya itu yang dikenali sebagai Gugus Tempur Laut (GUSPURLA)  KoArmada 1 berada di Jakarta dan kini akan […]

Lagi Pencerobohan dan Provokasi Kapal China di Beting Patinggi Ali

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya pencerobohan dan tindakan provokasi oleh kapal-kapal pengawal pantai China terhadap operasi mencari minyak dan gas negara di kawasan perairan milik negara di Laut China Selatan terus berlaku seolah-olah tiada penghujungnya. Kali ini drama “maneuvering” antara kapal TLDM dan kapal pengawal pantai China (CCG) berlaku hampir dengan pesisir pantai Sarawak. Menurut […]

Lagi Anggota PGA Di Tembak di Sempadan M’sia-Thailand

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas ditembak daripada arah kawasan Thailand ketika sedang bertugas meronda di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, petang tadi. Dalam kejadian pada jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam. Ketua Polis Kedah Datuk […]

PDRM Mohon 36 Buah Kenderaan Berperisai Untuk Anggotanya

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) teleh mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan 36 buah kenderaan berperisai (APC) dalam tempoh lima tahun. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perolehan kenderaan berperisai itu akan diperolehi secara berperingkat di dalam tempoh terbabit. Kenderaan berperisai itu menurutnya, amat diperlukan untuk penugasan […]

KPN Mahu Empat Penyeludup Warga Thailand Diekstradisi Ke Malaysia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan rasmi kepada Polis Diraja Thailand (RTP) supaya mengekstradisi empat orang penyeludup ketum warga Thailand yang ditahan oleh negara jiran itu ke Malaysia. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, keempat-empat penyeludup ketum warga Thai itu yang terlibat dalam insiden tembak-menembak di sempadan […]

Perang Proksi Saudi–Iran, Risiko Gangguan Berpanjangan Bekalan Minyak, Tenaga Dunia

Oleh Jim Kari (DEFENCE SECURITY ASIA) — Dua hari lepas, pemberontak Houthi dari Yaman (yang merupakan proksi Iran) melancarkan satu lagi serangan ke atas aset penting minyak dan gas Arab Saudi. Kali ini, mereka melancarkan peluru berpandu untuk membedil loji terminal agihan pukal simpanan produk minyak (petroleum products distribution plant terminal) milik syarikat minyak kebangsaan […]

Anggota PGA Maut Akibat Tembakan Di Perut Dan Dada….

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terbabit dalam insiden tembak-menembak di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tadi maut akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada dan perut. Manakala rakannya, Koperal Norihan Tari, 39, pula cedera parah akibat kesan tempakan pada bahagian kanan perutnya. Sebelum itu, kedua-dua […]

Polis Thai Tangkap 3 Penyeludup Ketum Terlibat Insiden Berbalas Tembak

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Thailand dipercayai telah menangkap tiga penyeludup ketum yang dipercayai terbabit dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) awal pagi sehingga menyebabkan Koperal Baharuddin Ramli terbunuh. Media Thailand mengesahkan penangkapan ketiga-ketiga lelaki warga negara jiran itu, yang mengalami kecederaan akibat berbalas tembakan dengan anggota PGA Malaysia. Terdapat juga […]

Anggota PGA Maut Ditembak Di Kawasan Sempadan M’sia-Thailand

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,dekat sini, maut akibat ditembak, awal pagi tadi, menurut laporan oleh akhbar Harian Metro sebentar tadi. Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang […]