Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Tawar Radar AESA Jarak Jauh Pada “Sekutu Rapat” Singapura, Kemampuan Pengesanan 1,000km

Radar AESA 3D jarak jauh multi-misi TPY-4 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin itu disifatkan sebagai radar ground-based jarak jauh ulung dunia, yang dijangka dapat me-revolusi kemampuan pertahanan udara republik Singapura.

0 6,977

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagai sekutu paling rapat kepada Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara, Singapura telah ditawarkan radar jarak jarak jauh AESA (Active Electronically Scanned Array) TPY-4 dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin yang berkemampuan mengesan sasaran di antara jarak 550km hingga 1000km untuk memenuhi keperluan pertahanan udara republik.

Radar AESA 3D jarak jauh multi-misi TPY-4 disifatkan sebagai radar ground-based jarak jauh ulung dunia, yang dijangka dapat me-revolusi kemampuan pertahanan udara republik pulau itu yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia itu.

Dengan kemampuan pengesanan sehingga mencecah jarak 1,000km, unit pertahanan udara republik itu dengan mudah mengesan pesawat asing, walaupun pesawat itu baru sahaja berlepas daripada mana-mana pangkalan udara di selatan Thailand atau utara Malaysia. 

Radar moden dan canggih TPY-4 ini telah pun dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Norway menggunakan frekuensi tinggi gelombang radio untuk mengesan dan menjejaki sasaran sedia ada dan juga sasaran-sasaran yang berpotensi.

Ia membuktikan lagi peranan kritikal yang dimainkan oleh spectrum electromagnetic dalam teknologi ketenteraan dan strategi pertahanan.

Pada ketika ini, Tentera Udara Singapura bergantung kepada radar jarak jauh FPS-117 yang juga dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin untuk sistem pertahanan udaranya dalam memantau segala bentuk ancaman di udara.

Radar TPY-4
Radar 3D AESA jarak jauh TPY-4 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin itu berasaskan kepada Gallium Nitride yang menggunakan teknologi digital dalam setiap segi operasinya dan adalah radar yang berdefinisikan kepada perisian (software).

 

Radar jarak jauh FPS-117 yang telah berkhidmat dengan baik dengan Singapura itu berkemampuan mengesan sasaran sejauh 250 Batu Nautikal (463km).

Bagaimanapun, radar AESA jarak jauh TPY-4 yang ditawarkan oleh syarikat Lockheed Martin kepada Singapura itu memberikan lonjakan kemampuan kepada republik.

Amerika Syarikat secara dasarnya sentiasa berusaha memastikan sekutu-sekutu paling rapatnya memiliki “kelebihan kualitatif” daripada segi ketenteraan berbanding negara-negara lain yang bukan sekutunya, dengan menyalurkan sistem dan aset yang lebih moden dan berkeupayaan.

Daripada segi altitudenya, jarak kemampuan altitude radar TPY-4 adalah 30.5km yang memberikan kelebihannya dalam mengesan sasaran seperti peluru-peluru berpandu ballistik dan pesawat-pesawat berpemandu atau tidak berpemandu (manned or unmanned) yang beroperasi di aras altitud tinggi.    

Daripada segi kemampuan, radar  TPY-4 adalah jauh lebih baik berbanding FPS-117 kerana ia menggunakan teknologi terkini dalam usaha mengesan dan menjejaki sasaran dengan lebih tepat dan lebih cepat.

Kemampuan itu adalah penting dalam dunia keselamatan dan pertahanan yang kompleks pada masa ini yang memerlukan sistem pertahanan udara yang robust dan berkemampuan tinggi untuk berhadapan cabaran-cabaran kritikal itu.

Radar TPY-4
Kemampuan radar TPY-4
Radar TPY-4
Radar AESA 3D jarak jauh multi-misi TPY-4 disifatkan sebagai radar ground-based jarak jauh ulung dunia, yang dijangka dapat me-revolusi kemampuan pertahanan udara republik pulau itu yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia itu.

 

Radar 3D AESA jarak jauh TPY-4 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin itu berasaskan kepada Gallium Nitride yang menggunakan teknologi digital dalam setiap segi operasinya dan adalah radar yang berdefinisikan kepada perisian (software).

Berfrekuensikan L Band dengan rotation rate dalam kaedah pelbagai serta Stop/Stare, radar TPY-4 itu adalah radar multi-misi yang berkemampuan melaksanakan pelbagai misi dalam keadaan serentak.

Antara fungsi-fungsi utama radar AESA 3D jarak jauh TPY-4 yang ditawarkan oleh Lockheed Martin kepada Singapura adalah pemantauan ruang udara, pemantauan sistem pesawat tanpa pemandu (unmanned aerial system), mengesan dan memantau peluru berpandu ballistik, pemantauan kawasan maritim dan juga pemantauan satelit.

Radar TPY-4 ini boleh dipindahkan ke mana-mana lokasi operasinya dengan hanya menggunakan pesawat pengangkut C-130, C-17, trak, keretapi atau helikopter.

Ia boleh beroperasi dalam keadaan cuaca yang ekstrim dan secara remote atau umanned. — DSA

 

 

Comments
Loading...