Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Gelabah Cip Semikonduktor Untuk Pengebom B-2, Kapal Perang “Sudah Habis”

Pentagon “gelabah” kerana cip-cip semikonduktor itu amat diperlukan oleh sistem persenjataan moden yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat pertahanan Amerika Syarikat daripada pesawat pengebom B-2 kepada kapal-kapal destroyer “Arleigh Burke.”

0 8,437

Jom folo Defence Security Asia di Telegram,Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia pertahanan dan keselamatan.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat atau “Pentagon” berada di dalam keadaan “gelabah” pada ketika ini dan ia tiada kena-mengena dengan apa-apa serangan pengganas atau pergerakan aset-aset tentera China di Laut China Selatan atau Russia di sempadan Ukraine.

Apa yang membuatkan Pentagon “gelabah” pada ketika ini adalah masalah kekurangan cip semikonduktor yang digunakan oleh sistem persenjataan moden yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat pertahanan Amerika Syarikat daripada pesawat pengebom B-2 “Spirit” kepada kapal-kapal destroyer “Arleigh Burke.”

Tanpa cip-cip semikonduktor ini yang “saiznya amat kecil” (dalam milimeter sahaja), sistem-sistem persenjataan moden yang menjadikan negara seperti Amerika Syarikat berpengaruh di persada dunia, tidak akan dapat digunakan.

Akibat daripada pandemik COVID-19 yang menyebabkan banyak kilang-kilang membuat cip semikonduktor ditutup,  seluruh dunia kini sedang berhadapan dengan masalah kekurangan cip-cip semikonduktor yang penting untuk pelbagai industri termasuklah industri pertahanan.

Dan bukan sahaja Amerika Syarikat berhadapan dengan kekurangan cip semikonduktor ini tetapi  tetapi juga di China.

Aegis Ashore
Kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinson diiringi kapal pemusnah kelas-Arleigh Burke, USS Bunker ketika memasuki Teluk Manila.

 

Menurut laporan agensi berita Bloomberg, kebimbangan Pentagon itu bertitik tolak apabila syarikat semikonduktor bernama “Global Foundries Inc” mahu menjual kilangnya di Fishkill, New York yang menghasilkan cip-cip semikonduktor untuk tujuan ketenteraan.

Dan pemilik baru kilang cip semikonduktor di Fishkill, New York itu tidak lagi mahu menghasilkan cip-cip semikonduktor untuk kegunaan tentera tetapi sebaliknya, menumpukan pembuatan cip-cip semikonduktor untuk kegunaan produk komersial seperti smartphone, kenderaan elektrik dan lain-lain lagi yang lebih menguntungkan.

Kilang cip semikonduktor di Fiskill, New York itu akan ditutup pada Mac ini.

Sebagai langkah kecemasan, kerajaan Amerika Syarikat telah meluluskan peruntukan segera sebanyak US$885 juta (RM3.5 bilion) untuk membeli cip-cip semikonduktor yang dihasilkan oleh kilang Global Foundries Inc di New York sebelum ia dijual kepada pihak lain.

Selain peruntukan segera sebanyak US$885 juta itu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat juga telah diberikan peruntukkan sebanyak US$2 bilion (RM8 bilion) untuk membuat tempahan cip-cip semikonduktor daripada sumber lain bermula daripada bulan Mac tahun depan.

Untuk menghasilkan cip-cip ini adalah kerja yang rumit dan ia mengambil masa selama tiga bulan hanya untuk menghasilkan satu cip semikonduktor bersaiz milimeter itu.

Manakala untuk membangunkan kilang membuat cip semikonduktor pula memerlukan pelaburan yang amat besar mencecah berbilion ringgit.

Menurut Tentera Udara Amerika Syarikat yang mengawalselia pembelian cip-cip semikonduktor ini, alat-alat kecil itu adalah komponen kritikal yang digunakan oleh pelbagai sistem persenjataan daripada pesawat pengebom B-2, Joint Tactical Light Vehicle (JTLV) yang digunakan oleh Tentera Darat dan Kor Marin, kapal destroyer “Arleigh Burke” dan Small Diameter Bomb (SDM).

Cip

Sebab itulah, walaupun cip-cip semikonduktor ini saiznya amat kecil tetapi ketiadaannya boleh melumpuhkan keseluruhan tentera Amerika Syarikat dan sebab itu kita dapat lihat bagaimana Pentagon begitu “gelabah” apabila ia berhadapan dengan masalah kekurangan cip-cip semikonduktor ini.

Sebenarnya, salah satu fakta yang tidak ramai ketahui adalah Malaysia adalah diantara negara pembuat cip semikonduktor terbesar dunia. (top ten)

Kira-kira tujuh peratus daripada bekalan cip-cip semikonduktor untuk dunia dihasilkan oleh kilang-kilang di Malaysia. (negara adalah global semiconductor supply chain yang amat penting dan banyak negara bergantung kepada kilang-kilang di Malaysia).

Kebanyakkan kilang-kilang membuat cip semikonduktor Malaysia ini dimiliki oleh syarikat-syarikat asing.

Tetapi Global Foundries Inc yang menghasilkan cip-cip semikonduktor untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat tidak mempunyai kilang di Malaysia, dengan kilang terdekatnya berada di Singapura.

Cip
Saiz cip semikonduktor

  

DEFENCE SECURITY ASIA 

 

Comments
Loading...