Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Cemas Peningkatan Aktiviti Kapal Selam Nuklear Russia Berhampiran Pesisir Pantainya

Media-media tempatan Amerika Syarikat menyatakan bahawa pegawai-pegawai kanan ketenteraan negara itu sedang mengkaji dengan mendalam sama ada kerahan kapal-kapal perang termasuk kapal selam nuklear Russia ke Cuba baru-baru ini, menandakan permulaan aktiviti baru melibatkan kapal-kapal selam nuklear serba moden Russia berhampiran dengan sempadan maritimnya.

0 6,719

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerahan kapal-kapal perang Russia ke negara sekutunya, Cuba baru-baru ini sememangnya sudah dijangka oleh Amerika Syarikat, kecuali, penglibatan satu aset yang tidak disangka-sangka oleh Washington yang bakal meningkatkan perseteruan antara Washington dan Moscow, menurut penasihat keselamatan negara itu Jake Sullivan kepada media tempatan.

“Terdapat elemen kali ini (kerahan kapal perang Russia ke Cuba) yang berlainan kali ini. Mereka (Russia) menglibatkan sekali kapal selam nuklear dalam kunjungan ke Cuba yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata beliau.

Beliau merujuk kepada penglibatan kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan” dalam kunjungan flotilla kapal-kapal perang Russia ke Cuba bersama-sama kapal friget “Admiral Gorshkov”, kapal bekalan bahan api “Pashin” dan kapal tunda penyelamat (rescue tug boat) “Chiker”.

Kunjungan kapal selam nuklear Russia ke Cuba baru-baru ini adalah kali pertama ia berlaku sejak tamatnya Perang Dingin dan ia bukan sahaja menunjukkan bahawa Moscow mahu memberikan signal kepada Washington di atas tindakan berterusan Amerika Syarikat menyokong dengan bekalan senjata berbahaya.

Tetapi kata penganalisis, kerahan kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan” itu ke Cuba juga menunjukkan kemampuan armada kapal selam nuklear Russia untuk beroperasi di kawasan-kawasan perairan pesisir pantai Amerika Syarikat, sesuatu yang amat dibimbangi pegawai kanan keselamatan negara itu.

Yasen
Kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan” ketika di Havana, Cuba beberapa hari lalu.

 

Hanya bulan lepas, ketua Northern Command Amerika Syarikat telah memberikan amaran kepada Kongres negara itu bahawa Moscow berkemungkinan akan mengerah 12 buah kapal selam nuklear modennya ke Pasifik dan Atlantik.

Beliau berkata, kerahan 12 buah kapal selam nuklear canggih Russia ke Pasifik dan Atlantik akan menwujudkan “ancaman konvensional berterusan” kepada Amerika Syarikat.

Seorang pegawai kanan Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral Gregory Guillot sebagaimana dipetik oleh media negara itu baru-baru ini berkata: “Ancaman itu akan menjadi lebih parah pada penghujung dekat ini apabila kapal selam kelas-Yasen itu kerapkali dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik ‘Tsirkon’.”

Media-media tempatan Amerika Syarikat menyatakan bahawa pegawai-pegawai kanan ketenteraan negara itu sedang mengkaji dengan mendalam sama ada kerahan kapal-kapal perang termasuk kapal selam Russia ke Cuba, menandakan bermulanya aktiviti baru melibatkan kapal-kapal selam nuklear yang serba moden Russia berhampiran dengan sempadan maritimnya.

Jika benar ia membawa maksud bahawa kapal-kapal selam akan mula “bermain-main” di perairan berdekatan dengan Amerika Syarikat, maka, ia memerlukan respons ketenteraan daripada negara itu.

“Kerahan kapal selam nuklear Russia ke Cuba adalah sesuatu yang kita melihatnya dengan penuh teliti, “ menurut Sullivan.

Yasen
Kapal selam kelas “Yasen”

 

Menurut media-media Russia pula, “kemunculan” kapal selam nuklear kelas-Yasen di Havana, Cuba menunjukkan bahawa kapal salam itu berkemampuan “menghampiri pantai Amerika Syarikat dengan senyap tanpa diketahui negara itu.,”

Kapal selam nuklear itu berada hanya 50km atau 30 Batu daripada pantai Amerika Syarikat, suatu yang diakui oleh pegawai-pegawai kanan keselamatan Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat itu mengakui bahawa kapal selam Russia itu berada 50km daripada pantai Florida ketika ia belayar menuju ke Cuba baru-baru ini.

Kapal selam kelas Yasen “Kazan” itu ditauliahkan pada 2021 dan disifatkan sebagai ‘super-quiet’ itu dilancarkan di Limbungan Kapal Sevmash, Severodvinsk selepas pembinaannya bermula pada 2009 dan siap pada 2017.

Bermula daripada 2017 kapal selam terbaru Russia itu menjalani ujian di lautan sehinggalah ia ditauliahkan pada 2021. 

Bagi pemerhati ketenteraaan antarabangsa, diantara keempat-empat kapal perang Russia berada di Cuba pada ketika ini, kehadiran kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan” seberat 13,800 tan itu adalah sesuatu yang “amat menarik”.

Kazan
Kapal selam nulear kelas-Yasen Russia, “Kazan.”

 

Ini kerana kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan” itu bukanlah kapal selam yang “calang-calang”, kerana ia adalah antara kapal selam paling moden Russia memandangkan Moscow hanya mentauliahkan kapal selam itu pada 2021.

“Kazan” merupakan kapal selam kelas-Yasen yang kedua ditauliahkan oleh Russia, menyusuli kapal selam kelas itu yang pertama, “Severodvinsk.” 

Secara keseluruhannya, Russia akan memiliki di antara lima hingga tujuh buah kapal-kapal selam kelas-Yasen di dalam armada kapal selam penyerangnya.

Kapal selam nuklear kelas-Yasen itu adalah antara kapal selam paling moden Russia dan disifatkan oleh pemerhati ketenteraan Barat sebagai suatu “mimpi ngeri” kepada Washington dan negara-negara pakatan ketenteraan, NATO.

Mengapa kapal selam nuklear kelas-Yasen dianggap sebagai “mimpi negara” kepada Amerika Syarikat dan negara-negara NATO?  

Jawapannya adalah kerana: kapal selam nuklear kelas-Yasen itu adalah amat senyap, sekaligus  membuatkannya terlalu sukar untuk dikesan oleh musuh-musuhnya terutama Amerika Syarikat.

Yasen

Media Amerika Syarikat menyifatkan kapal selam nuklear kelas-Yasen seperti “Kazan” itu adalah terlalu senyap seperti “seekor tikus”.

Pada tahun 2018, kapal selam nuklear kelas-Yasen yang pertama iaitu “Severodvinsk” telah dikerah ke perairan Lautan Atlantik dan buat beberapa minggu, pihak Tentera Laut Amerika Syarikat tidak dapat mengesannya walaupun mengerahkan pelbagai aset termasuk kapal-kapal selam sendirinya untuk cuba menjejakinya.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sendiri mengakui bahawa ia telah gagal mengesan kapal selam kelas-Yasen itu selama beberapa minggu di Lautan Atlantik.

Tahun lepas, pegawai-pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat telah pun menyuarakan “kebimbangan” mereka tentang peningkatan kekerapan “kemunculan” kapal-kapal selam berkuasa nuklear Russia di kawasan perairan pesisir negara itu sejak kebelakangan ini.

Pengarah Russia Maritime Studies Institute (RMSI) Michael Peterson yang pakar berkenaan kemampuan maritim Russia berkata terdapat banyak petanda bahawa Russia telah meningkatkan kerahan kapal-kapal selam berkuasa nuklearnya ke kawasan perairan pesisir Amerika Syarikat.

Kerahan kapal-kapal selam konvensional dan berkuasa nuklear itu bukan sahaja disasarkan kepada kawasan-kawasan pesisir  Amerika Syarikat tetapi juga di Mediterranean dan juga di sekitar Eropah.

Dengan anggaran pemilikan 58 buah kapal selam berkuasa nuklear terdiri daripada beberapa kelas, aseet-aset dasar laut berkuasa nuklear Russia itu mampu dikerah ke mana-mana lokasi dunia termasuk ke perairan pesisir Amerika.

 

Pada Oktober 2022, pengarah US Northern Command dan NORAD, Jeneral Glen VanHerck mengeluarkan amaran tentang peningkatan kehadiran kapal-kapal selam berkuasa nuklear “Severodvinsk” atau kelas-Yasen di kawasan perairan pesisir  Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai kanan tentera Amerika Syarikat menyatakan bahawa Russia merupakan ancaman terbesar baginya.

“Mereka baru sahaja memindahkan kapal selam mereka (kelas-Severodvinsk) ke Pasifik.”

Komander Pejabat Perisikan Tentera Laut Amerika Syarikat Laksamana Michael Studeman pula dilaporkan berkata bahawa kapal selam kelas-Severodvinsk” atau kelas-Yasen adalah amat berbahaya.

“Kapal-kapal selam (kelas-Severodvinsk) adalah amat moden dan mempunyai kemampuan yang pelbagai. Kapal selam itu amat aktif,” kata Studeman sambil menambah bahawa kapal-kapal selam Russia telah mula meronda di perairan Eropah, sekaligus membahayakan kepentingan Amerika Syarikat. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...