Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pesawat Su-57 “Felon” Lakukan Ujian Penembakan Meriam 30mm

Pesawat gen-5 Russia ini mungkin menggunakan meriam GSh-30-1 ini dalam pertempuran jarak dekat.

0 3,293

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini telah muncul video yang menarik menunjukkan uiian penembakan meriam 30mm yang bakal digunakan oleh pesawat pejuang gen-5 terbaru Russia, Su-57 “Felon”.

Walaupun pesawat pejuang Su-57 Russia ini telah diuji oleh pelbagai peluru berpandu, namun ujian penembakan meriamnya tidak pernah dipertontonkan sebelum ini.

 

Meriam yang digunakan oleh pesawat pejuang dalam ujian penembakan itu adalah daripada jenis GSh-30-1  dan kuasa yang dilepaskan oleh meriam itu adalah amat menakjubkan. Api keluar daripada muncung meriam ini ketika tembakan dilepaskan.

Kemungkinan besar juruterbang pesawat tercanggih Russia itu akan menggunakan meriam berkuasa tinggi itu dalam pertempuran (dogfight) jarak dekat. Setiap Su-57 itu akan membawa 150 butir peluru meriam 30mm itu yang menghambur sebanyak 1,500 butir peluru dalam satu minit. Berat meriam itu sahaja mencecah 110 pounds.

meriam

Meriam GSh-30-1 ini disembunyikan di dalam compartment khas dalam badan pesawat dan akan hanya muncul apabila ia mahu mahu melepaskan tembakan.

Kompartment khas itu membantu pesawat Su-57 mengekalkan ke-halimunannya apabila terbang.

Setakat ini tiada maklumat lanjut tentang tarikh ujian penembakan meriam pesawat pejuang tercanggih Russia ini dilakukan, tetapi dipercayai ujian itu hanya untuk mengetahui ketepatanya.

Melihat kepada video, tembakan meriam pesawat pejuang itu adalah tepat.

Menurut laporan,meriam GSh-30-1 ini turut digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang seperti MiG-29 dan Su-27 Flanker (kemungkinan termasuk Su-30MKM yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia).

Cuma meriam GSh-30-1 yang dilengkapkan di pada pesawat pejuang Su-57 ini adalah daripada versi yang dipertingkatkan.

Tentera Udara Russia telah pun memesan sejumlah 76 buah pesawat Su-57 ini dengan pesawat pertama dijangka diserahkan kepada unitya pada akhir tahun ini.

Meriam

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...