Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Amerika Mohon RM108 Billion Dana Tambahan Untuk Tangani China

Perbelanjaan yang besar ini adalah untuk memastikan tentera Amerika Syarikat sentiasa berada di hadapan China.

0 2,461

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik telah memohon kepada kongress negara itu peruntukan sebanyak US$27 billion (RM108 billion) dalam dana tambahan untuk memastikan negara itu sentiasa berada di hadapan China dalam sistem persenjataan.

Cadangan itu dikemukakan oleh Laksamana Philip Davidson kepada kongres Amerika Syarikat untuk mendapatkan dana tambahan sebanyak US$27 billion yang akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur ketenteraan dan menggembleng sekutunya.

Aegis Ashore
Anggota tentera Amerika meninjau kemudahan sistem pertahanan udara Aegis.

 

Dana tambahan itu antaranya akan digunakan untuk – US$4.6 billion (RM18.4 billion) untuk Pacific Deterrence Initiative  dan peluru berpandu serta sistem pertahanan udara.

Selain itu dana tambahan berjumlah US$27 bilion itu juga katanya akan digunakan untuk penempatan lebih banyak lokasi radar, pusat kerjasama perisikan, depot bekalan dan kawasan-kawasan ujian di rantau serta latihan-latihan dengan negara sekutu di antara tahun 2022 sehingga 2027, menurut ringkasan eksekutif laporan itu yang dilaporkan oleh media Amerika Syarikat.

China
Kapal-kapal perang China dalam satu latihan di Laut China Selatan.

 

Pihak tentera Amerika Syarikat juga akan membina sistem pertahanan daratan Aegis bernilai US$1.6 bilion (RM6.4 billion)  di Guam serta sistem radar berfrekuensi tinggi di Palau bertujuan mengesan dan menjejak sasaran darat dan udara.

Untuk kekal di hadapan China, Washington juga merancang untuk membina rangkaian radar angkasa lepas bernilai US$2.3 bilion untuk membantu sistem pertahanan Aegis di Guam dan radar berfrekuensi di Palau.

Ini adalah diantara projek-projek untuk mengekalkan kelebihan yang dimiliki oleh China di dalam aspek ketenteraan.

Sementara itu pemerhati yang dipetik oleh akhbat The South China Morning Post berkata, segala usaha itu sememangnya mensasarkan China.

Pakar Hal Ehwal Amerika Syarikat di China Academy of Social Sciences Liu Weidong berkata, walaupun tindakan Amerika itu sememang ditujukan kepada China tetapi China tidak akan bertindak balas.

Beijing menurutnya, akan meneruskan pembangunan tenteranya mengikut perancangannya sendiri.

Penganalisi tentera China yang berpengkalan di Hong Kong Song Zhongping berkata, Beijing bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang datang daripada Washington.

“Angkatan Tentera China sedang membangunkan beberapa jenis persenjataan termasuk peluru berpandu hypersonic untuk menangani strategi offensif dan defensif daripada Amerika Syarikat,” katanya.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...