Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jangan Berlengah Lagi!!! Segerakan Bina Kem Lahad Datu

0 1,160

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk menangani masalah keselamatan yang kompleks di pantai timur Sabah, kerajaan menyedari tentang keperluan yang mendesak untuk membina sebuah kem tentera yang besar di kawasan tersebut terutamanya Lahad Datu.

Sejak kes pencerobohan di Lahad Datu pada 2013 dan kes-kes penculikan daripada geng-geng Kidnap For Ransom (KFR) selatan Filipina, kerajaan pusat dan negeri Sabah  menyedari tentang keperluan ini dan telah menyuarakan beberapa kali tentang isu pembinaan kem di Lahad Datu itu.

kem

Sebuah kem yang lengkap, moden dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Lahad Datu penting dalam menangani isu keselamatan di timur Sabah.

Bagaimanapun sudah 7 tahun insiden Lahad Datu berlaku, usaha membina kem itu masih belum berjalan-jalan lagi, tertangguh beberapa kali?  Apakah kita mahu menunggu satu lagi insiden pencerobohan Lahad Datu dan kes-kes penculikan geng-geng KFR berulang lagi untuk kita menyegerakan pembinaan kem itu?

kem

Terbaru, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat baru-baru ini memberi perkembangan terkini tentang usaha pembinaan kem di Lahad Datu.

Menurut beliau yang juga Menteri Kanan (Keselamatan), Kementerian Pertahanan sedang meneliti semula projek pembinaan kem tentera di Lahad Datu untuk mempercepatkan proses kelulusan projek tersebut.

Projek tersebut telah dirunding secara terus ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), sebelum ia dibuka secara tender terbuka oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

kem

Projek tersebut kemudian diluluskan oleh Jawatan Tender ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi sistem tender terbuka, tambah beliau.

“Baru-baru ini beberapa bulan yang lepas Jawatan Tender telah pun meluluskan pada satu syarikat untuk meneruskan projek tersebut melalui tender terbuka tetapi bila dihantar ke Kementerian Kewangan, dan kementerian itu tak bersetuju dengan Kementerian Pertahanan untuk tender tersebut dan pulang balik kepada kementerian

“Kalau pulang balik ada tender semula, tiga kali (sejak zaman BN) maknanya pergi balik pergi balik, dan kem pun tidak siap, (namun) keselamatan kita masih lagi dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya.

kem

Inilah yang admin katakan kerenah birokrasi, mula-mula rundingan terus tetapi kemudiaan dibatal dan menjadi rundingan terbuka, tender beberapa kali dan akhirnya segala proses ini mengambil masa beberapa tahun dan sementara itu kem tidak dibina-bina.

Timur Sabah masih terdedah pada ancaman daripada selatan Filipina.

Usaha menangani masalah keselamatan di timur Sabah terbantut oleh kerana masalah birokrasi seperti ini, yang sebenarnya boleh dielakkan jika semua pihak tahu bahawa isu-isu keselamatan perlu diutamakan.

kem

Jika menerusi rundingan terus boleh mempercepatkan pembinaan kem di Lahad Datu, teruskan tetapi pantau dengan ketat supaya tiada hanky-panky berlaku.

Kementerian Pertahanan dan rakyat di timur Sabah perlukan kem di Lahad Datu itu dengan segera.

“Just Do It,” bak kata Nike.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...