Stesen TV Russia Dedah “Helmet Mounted Targeting System” Untuk Juruterbang Gen-5 Su-57
Sistem Helmet Mounted Targeting System untuk juruterbang Su-57 itu dijangka akan merapatkan lagi jurang teknologi di antara pesawat pejuang generasi kelima Russia itu dengan pesawat-pesawat generasi kelima Amerika Syarikat, F-35 dan F-22 serta China J-20 “Mighty Dragon.”
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Stesen televisyen negara Russia telah mendedahkan sistem “Helmet Mounted Targeting System” yang baru dibangunkan khusus untuk juruterbang pesawat pejuang generasi kelima negara itu Su-57 “Felon”.
Sistem Helmet Mounted Targeting System untuk juruterbang Su-57 itu dijangka akan merapatkan lagi jurang teknologi di antara pesawat pejuang generasi kelima Russia itu dengan pesawat-pesawat generasi kelima Amerika Syarikat, F-35 dan F-22 serta China J-20 “Mighty Dragon.”
China juga baru sahaja memperkenalkan pesawat pejuang generasi kelimanya yang kedua, J-35.
Sebagaimana Helmet Mounted Targeting System yang dipakai oleh juruterbang F-35, F-22 dan J-20, sistem topi keledar canggih buatan Russia itu direka untuk meningkatkan keupayaan juruterbang dengan memaparkan maklumat penting secara langsung pada visor, sambil menangani pelbagai isu berkaitan penerbangan dan sasaran.
Menurut pemerhati, Helmet Mounted Targeting System yang bakal dipakai oleh juruterbang Su-57 adalah suatu “lompatan tinggi” daripada apa yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang Russia selama ini.
Helmet Mounted Targeting System juruterbang Su-57 itu menyediakan data-data penting bagi penerbangan terbabit, membolehkan juruterbang menyasarkan senjatanya, mengekalkan spatial orientation yang tinggi dan memantau maklumat-maklumat kritikal berkenaan misi yang sedang dilaksanakannya dengan lebih lancar dan bersepadu.
Dengan Helmet Mounted Targeting System yang memaparkan pelbagai data dan maklumat penting, ia akan memberikan kelebihan kepada pesawat pejuang Su-57 dalam melaksanakan misinya termasuk ketika bertempur di ruang udara (dogfights).