Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sekutu Amerika Tidak Sengaja Tembak Jatuh Dron MQ-9 Reaper Milik Amerika di Syria

"Insiden penembakan jatuh secara tidak sengaja dron dianggarkan bernilai US$30 juta (RM132 juta) sebuah oleh pasukan sahabat kepada tentera Amerika Syarikat itu disebabkan tentera SDF yang beroperasi di rantau mengenal pasti pesawat tanpa pemandu itu sebagai ancaman." -- pegawai tentera Amerika Syarikat

0 319
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebuah dron MQ-9 Reaper milik Tentera Udara Amerika Syarikat telah ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh sekutunya, Syrian Democratic Forces (SDF) di utara Syria beberapa hari lalu.
“Insiden penembakan jatuh secara tidak sengaja dron dianggarkan bernilai US$30 juta (RM132 juta) sebuah oleh pasukan sahabat kepada tentera Amerika Syarikat itu disebabkan tentera SDF yang beroperasi di rantau mengenal pasti pesawat tanpa pemandu itu sebagai ancaman,” kata seorang pegawai pertahanan AS kepada media pertahanan Amerika Syarikat
Dron MQ-9 Reaper itu beroperasi dalam misi “Operasi Inherent Resolve”, yang merupakan kempen ketenteraan dan keselamatan menentang kumpulan pengganas Islamic State (IS/DAESH), kata pegawai pertahanan Amerika Syarikat itu.
Penembakan jatuh dron MQ-9 milik Amerika Syarikat oleh pasukan sahabatnya itu pertama kali dilaporkan oleh CNN.
Timbalan Setiausaha Akhbar Pentagon Sabrina Singh mengesahkan penembakan jatuh dron MQ-9 Reaper of tentera SDF itu.
“Tidak ada perubahan dalam kerjasama dan perkongsian kami dengan SDF dalam memastikan kekalahan ISIS,” kata Singh.
MQ-9 Reaper
MQ-9 Reaper
MQ-9 Reaper
Imej yang muncul di media sosial pada 9 Disember menunjukkan apa yang kelihatan seperti bangkai MQ-9 di utara Syria.
Ia kemudiannya telah dimusnahkan secara sengaja berkemungkinan oleh anggota-anggota tentera Amerika Syarikat bagi mengelak ia jatuh ke tangan pihak penentang Amerika Syarikat.”
“Angkatan Tentera Udara AS telah memulihkan komponen pesawat yang sesuai dan memusnahkan bahagian-bahagian pesawat yang selebihnya,” kata pegawai itu.
“Angkatan Tentera Udara Pusat AS sedang menilai secara aktif tindakan-tindakan yang menyebabkan kepada insiden itu itu dan akan menyesuaikan taktik, teknik, dan prosedur untuk melindungi pasukan AS, gabungan, dan rakan kongsi serta aset-aset yang berkaitan.”
Panglima US Central Command (CENTCOM) Jeneral Michael “Erik” Kurilla telah melawat Syria dan bertemu dengan pemimpin SDF dan anggota tentera Amerika Syarikat pada 10 Disember lalu.
Amerika Syarikat mempunyai kira-kira 900 tentera di Syria sebagai sebahagian daripada misi dan operasi untuk menangani kumpulan pengganas IS dan mengelak kumpulan itu daripada berkuasa kembali di wilayah-wilayah Syria ia pernah kuasai. — DSA

Leave A Reply

Your email address will not be published.