Peluru Berpandu Jarak Dekat Fatah-II Pakistan Buat India “Pening”
Peluru berpandu jarak dekat Pakistan, Fatah-II itu dikatakan adalah “jalan penyelesaian” terhadap usaha-usaha tentera negara itu untuk membedil sasaran-sasaran musuh yang dianggap bernilai tinggi walaupun “dilindungi” dengan sistem-sistem pertahanan udara yang moden.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pakistan telah melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu Fatah-II yang dibangunkan oleh pakar-pakar persenjataan dalam negaranya, dalam satu lagi “pertunjukkan kekuatan” kepada negara-negara jirannya terutama India dan mungkin, Iran.
Peluru berpandu jarak dekat Fatah-II yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 400km merupakan varian terbaru daripada peluru berpandu Fatah-I yang hanya mampu memusnahkan sasarannya sejauh 150km.
Fatah-II merupakan suatu lonjakan kemampuan daripada varian terdahulunya, Fatah-I yang dbangunkan pada tahun 2021.
Menurut pihak Pakistan, peluru berpandu Fatah-II tu merupakan sistem persenjataan yang moden dengan sistem avionik serta dilengkapi dengan sistem navigasi inertial satellite yang membolehkan ia membedil sasaran dengan tepat.
Ia memiliki Circular Error Probable (CEP) kurang daripada 10 meter.
Selain itu, peluru berpandu Fatah-II juga dilaporkan mempunyai trajektori penerbangan yang unik sehingga menjadikannya bukan sahaja dikesan tetapi juga sukar untuk ditembak jatuh oleh sistem-sistem pertahanan udara oleh negara-negara jirannya.
Ringkasan Berita
Pakistan telah melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu jarak dekat Fatah-II, peningkatan daripada varian sebelumnya, Fatah-I. Dengan jarak bedilan sehingga 400km dan ketepatan tinggi (CEP kurang daripada 10 meter), Fatah-II menampilkan sistem avionik moden serta navigasi inertial satellite. Peluru berpandu ini memiliki trajektori unik yang sukar dikesan dan ditembak jatuh, menjadikannya ancaman signifikan kepada sistem pertahanan udara, termasuk S-400 “Triumf” milik India.Fatah-II direka untuk menyerang sasaran bernilai tinggi seperti pangkalan tentera dan kemudahan komunikasi, walaupun dilindungi sistem pertahanan moden. Pelancaran mudah alihnya menyukarkan pengesanan oleh aset ISR. Dengan kemampuan ini, Fatah-II memperkukuh keupayaan ketenteraan Pakistan dalam menghadapi ancaman serantau.