Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Kemunculan “Kapal Pengangkut Pesawat Misteri” China di Lautan Tarik Perhatian Pemerhati

(VIDEO) Laporan pertama mengenai kewujudan kapal “flat-top” misteri itu muncul apabila video dan gambar-gambar  mengenainya tersebar menunjukkan kapal misteri milik pihak berkuasa China itu belayar keluar daripada limbungan kapal milik Guangzhou Shipyard International di Pulau Longxue di Guangzhou.

0 21,069
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 26 November lalu, sebuah kapal yang seakan-akan menyerupai kapal pengangkut pesawat telah dilihat memulakan pelayaran daripada limbungan kapal di Guangzhou selepas proses pembinaan yang berjalan dengan pantas selesai.
Sehingga kini, fungsi utama kapal misteri itu masih menjadi teka-teki pemerhati dan penganalisis pertahanan seluruh dunia.
Laporan pertama mengenai kewujudan kapal “flat-top” misteri itu muncul apabila video dan gambar-gambar  mengenainya tersebar menunjukkan kapal misteri milik pihak berkuasa China itu belayar keluar daripada limbungan kapal milik Guangzhou Shipyard International di Pulau Longxue di Guangzhou.
Kapal misteri itu dengan jelas menunjukkan ia memiliki tiga buah super struktur seperti pulau di atas deknya.
Ini berkemungkinan merupakan kapal pengangkut pesawat yang kedua sedang menjalani ujian di China, bersama-sama kapal milik Tentera Laut China Type 003 Fujian.
Kapal misteri China ini tidak memiliki sebarang lambang seperti kapal-kapal PLAN (People’s Liberation Army Navy), tetapi ia hanya mempunyai lambang awam iaitu CSSC (China State Shipbuilding Corporation) pada super strukturnya.

RINGKASAN BERITA:

Pada 26 November lalu, sebuah kapal misteri berdek reka bentuk seperti kapal pengangkut pesawat dilihat meninggalkan limbungan kapal Guangzhou selepas pembinaan yang pantas selesai. Fungsi utama kapal sepanjang 200 meter ini masih menjadi teka-teki pemerhati pertahanan global.

Kapal yang dibina oleh Guangzhou Shipyard International di Pulau Longxue ini memiliki tiga superstruktur seperti pulau di atas dek, ciri-ciri yang mirip kapal serangan amfibia Type 075 milik Tentera Laut China. Namun, ia tidak mempunyai lambang PLAN (People’s Liberation Army Navy) sebaliknya hanya memaparkan logo CSSC (China State Shipbuilding Corporation).

Kapal ini dipercayai mula dibina pada Mei 2023 dan kini menjalani ujian laut intensif. Pemerhati menyatakan reka bentuknya berkemungkinan mengikut tender kerajaan China pada 2022, yang memerlukan spesifikasi seperti dek penerbangan selebar 25 meter, keupayaan operasi sejauh 5,000 batu nautika, dan keberadaan di laut sehingga 40 hari.

Kapal ini juga dilengkapi ruang hangar, kren pelancar kapal kecil, dan tanda-tanda kesediaan untuk operasi VTOL (Vertical Take Off and Landing). Spekulasi mencadangkan kapal ini mungkin memiliki dwi-kegunaan, untuk operasi saintifik awam serta misi ketenteraan jika diperlukan.

Namun, tujuan sebenar kapal misteri ini masih menjadi perdebatan, mencetuskan persoalan di kalangan pemerhati pertahanan antarabangsa.

Pada hull kapal misteri tersebut pula tertulis “Zhong Chuan Zi Hao” .
Kapal misteri China itu dilihat telah pun siap dibina sejak pembinaannya bermula pada Mei tahun ini dan kini sedang menjalani ujian di lautan yang intensif.
Menurut para pemerhati, super struktur seperti pulau di atas dek kapal misteri milik China itu dikatakan adalah agak sama dengan kapal Amphibious Assault Ship Type 075 milik Tentera Laut China (PLAN).
Rekabentuk kapal misteri China itu berkemungkinan adalah hasil tender yang dikeluarkan oleh kerajaan China pada 2022, yang mahukan sebuah kapal sepanjang 200 meter dan memiliki dek penerbangan selebar 25 meter dengan berat keseluruhan mencapai 15,000 tan.
Mengikut tender itu, kerajaan mahukan kapal ini berkemampuan berlayar selaju 16 knot, beroperasi sejauh 5,000 batu nautika pada kelajuan 12 knot dan mampu berada di lautan selama 40 hari.
Video dan gambar-gambar kapal misteri yang diambil menunjukkan ia memiliki ruangan di bahagian tepi kapal itu yang berkemungkinan menunjukkan hangar bagi menempatkan pesawat atau dron-dron.China
Ia juga memiliki kren-kren berkemungkinan bertujuan melancarkan kapal-kapal atau bot kecil. Selain itu terdapat juga tanda-tanda yang menunjukkan kapal misteri itu sedang dipersiapsediakan untuk operasi VTOL (Vertical Take Off Landing).
Walaupun tujuan sebenar misi kapal misteri China ini masih diperdebatkan oleh pemerhati dan penganalisis pertahanan,tetapi terdapat juga kemungkinan kapal baru dibina ini mempunyai dwi-kegunaan iaitu untuk awam dan tentera.
Kapal bukan tentera (non-military ship) boleh dikonfigurasi untuk melancarkan dron-dron dan helikopter untuk melaksanakan kajian saintifik dan misi bukan tentera, tetapi pada masa yang sama ia berkemampuan untuk menyokong atau melancarkan misi-misi ketenteraan sekiranya perlu.
Ini adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan di mana kapal-kapal yang berdaftar sebagai milik awam turut dikerah untuk menyokong atau melancarkan misi ketenteraan. — DSA

 

Comments
Loading...