Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pemandangan Unik Apabila “Si Kecil” Rafale M Pula Isi Minyak Airbus A400M

Bagaimanapun, ia adalah satu pemandangan yang “berlainan” apabila sebuah pesawat pejuang Rafale M milik Tentera Laut Perancis melaksanakan pengisian minyak di udara terhadap pesawat pengangkut Airbus A400.

0 2,173
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Operasi pengisian minyak di udara adalah sesuatu yang biasa bagi juruterbang kombat angkatan tentera.
Bagaimanapun, ia adalah satu pemandangan yang “berlainan” apabila sebuah pesawat pejuang Rafale M milik Tentera Laut Perancis melaksanakan pengisian minyak di udara terhadap pesawat pengangkut Airbus A400.
Selalunya, pesawat yang lebih besar akan mengisi minyak pesawat yang lebih kecil tetapi kali ini, pesawat pejuang Rafale yang jauh lebih bertindak mengisi minyak pesawat pesawat pengangkut Airbus A400 yang jauh lebih besar.
Berlaku di ruang udara Perancis baru-baru ini, sebuah pesawat pengangkut A400M milik Tentera Udara Perancis (Armée de l’Air) menghampiri pesawat pejuang Rafale M untuk mengisi minyak menggunakan pod pengisian minyak NARANG yang dibangunkan oleh Safran.
 Walaupun kemampuan pengisian minyak ini telah wujud sejak tahun 2021, ujian terbaru ini merupakan yang pertama melibatkan pesawat A400M dan dijalankan pada kelajuan udara yang lebih perlahan daripada biasa untuk menyesuaikan dengan kelajuan pesawat E-2 Hawkeye.
Dalam satu hantaran di LinkedIn, Direction Générale de l’Armement (DGA) berkongsi gambar yang menunjukkan pesawat pejuang Rafale M berada di hadapan pesawat pengangkut A400M yang disambungkan melalui hos pengisian bahan api.
Rafale
Rafale M (Marine)

Ringkasan Berita

Pesawat pejuang Rafale M milik Tentera Laut Perancis baru-baru ini melaksanakan ujian pengisian minyak di udara terhadap pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Perancis, satu situasi luar biasa kerana biasanya pesawat lebih besar mengisi minyak untuk pesawat yang lebih kecil.

Ujian ini, yang pertama melibatkan A400M, dijalankan pada kelajuan rendah bagi menyesuaikan dengan keperluan pesawat E-2 Hawkeye. Pod NARANG, dibangunkan oleh Safran, digunakan dalam ujian ini. Ia mampu menyalurkan bahan api pada kadar 750-1,000 liter seminit, peningkatan besar berbanding sistem lama, dan dilengkapi sistem diagnostik kendiri untuk penyelenggaraan yang lebih baik.

E-2 Hawkeye, pesawat pengawasan AEW&C yang digunakan oleh Perancis, Jepun, Taiwan, dan Amerika Syarikat, kini beroperasi dalam varian E-2C yang tidak menyokong pengisian bahan api di udara. Namun, Perancis akan menerima tiga pesawat E-2D Advanced Hawkeye menjelang 2027, yang akan menggantikan armada E-2C dengan keupayaan pengisian minyak di udara.

Ujian ini bertujuan untuk memastikan pod NARANG berfungsi secara efisien pada kelajuan rendah, satu syarat penting untuk menyokong operasi armada baharu pesawat E-2D Advanced Hawkeye Perancis.

Menurut DGA, A400M digunakan sebagai pengganti pesawat pengawasan E-2 Hawkeye, yang kini beroperasi di Perancis dan akan menerima varian baharu yang mampu melakukan pengisian minyak di udara.
Pesawat pengawasan E-2 Hawkeye adalah pesawat yang boleh beroperasi dari kapal pengangkut dan dikerahkan bersama Rafale M di kapal pengangkut pesawat pengangkut Tentera Laut Perancis, Charles de Gaulle.
Ujian ini bertujuan untuk mengukur prestasi pod pengisian minyak NARANG buatan Safran pada kelajuan udara yang rendah, iaitu syarat yang diperlukan apabila Rafale mengisi bahan api untuk armada baharu pesawat E-2D Advanced Hawkeye milik Perancis.
Keadaan ini boleh menjadi cabaran kepada pod NARANG, yang dilengkapi dengan kipas untuk menjana kuasa bagi pam bahan api.
Pada kelajuan rendah, kecekapan kipas tersebut menurun, berpotensi mengurangkan aliran bahan api.
Northrop Grumman E-2 Hawkeye adalah pesawat Airborne Early Warning and Control (AEW&C) yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, termasuk Perancis, Jepun, dan Taiwan.
E-2C Hawkeye
E-2C Hawkeye Marine
Tentera Laut Perancis pada masa ini mengoperasikan tiga buat pesawat E-2C — walaupun E-2C tidak mempunyai keupayaan untuk diisi minyak di udara, namun varian E-2D akan dilengkapi dengan keupayaan tersebut.
Perancis dijangka menerima tiga buah pesawat E-2D Advanced Hawkeye baru menjelang akhir tahun 2027, yang akan menggantikan pesawat-pesawat E-2C sedia ada.
Pod pengisian minyak NARANG (nacelle de ravitaillement nouvelle génération) yang dibangunkan oleh syarikat Perancis, Safran berkemampuan memindahkan minyak pada kadar yang lebih tinggi berbanding pod pengisian minyak sebelum ini.
NARANG dapat menyalurkan minyak pada kadar 750 hingga 1,000 liter seminit,yang merupakan suatu peningkatan ketara berbanding 530 liter seminit yang dicapai oleh sistem terdahulu.
Pod terbaru dibangunkan Safran ini juga dilengkapi dengan sistem ujian dan diagnostik kendiri yang bersepadu, yang meningkatkan keupayaan penyelesaian masalah dan penyelenggaraannya. — DSA

Comments
Loading...