Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Cadang Peroleh Pelancar Peluru Berpandu Sederhana, Mid-Range Capability (MRC) “Typhon”

Dalam temuramah dengan Financial Times, Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro berkata bahawa beliau sedang melihat untuk memperolehi pelancar peluru berpandu jarak sederhana itu, MRC.

0 693
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina bercadang membeli pelancar peluru berpandu jarak sederhana, Mid-Range Capability (MRC) buatan Amerika Syarikat yang kini berada di negara Asia Tenggara selepas latihan bersama beberapa bulan lepas.
Sekiranya cadangan oleh Filipina itu mendapat “lampu hijau” daripada Washington, maka, Manila perlu bersedia untuk menerima lebih banyak protes daripada kerajaan China.
Dalam temuramah dengan Financial Times, Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro berkata bahawa beliau sedang melihat untuk memperolehi pelancar peluru berpandu jarak sederhana itu, MRC.
Amerika Syarikat membawa pelancar peluru berpandu MRC itu ke Filipina pada April untuk dua latihan tentera bersama.
“Kami sebenarnya merancang untuk memiliki kemampuan tersebut (keupayan MRC). Kami tidak akan bertolak-ansur dengan hak kami untuk memperolehi kemampuan tersebut (MRC) di dalam wilayah kami,” kata beliau dalam temuramah itu.
Typhon
Mid Range Capability “Typhon”
Kerahan pelancar peluru berpandu jarak sederhana MRC yang juga dikenali sebagai “Typhon” di Filipina adalah kali pertama di mana sistem peluru berpandu jarak sederhana dikerah selepas runtuhnya Intermediate-Range Nuclear Forces Treaty pada 2019.
Perjanjian itu menghalang Amerika Syarikat dan Russia daripada membangunkan atau mengerahkan sebarang senjata konensional atau nuklear dengan jarak bedilan sejauh 500km hingga 5,500km.
Sistem pelancar MRC milik Amerika Syarikat yang dihantar ke Filipina untuk tujuan latihan bersama pada April terus kekal berada di negara Asia Tenggara itu walaupun latihan bersama itu telah lama melabuhkan tirainya.
Beijing mengecam tindakan Amerika Syarikat mengerah dan juga memanjangkan tempoh kerahan pelancar peluru berpandu MRC itu di Filipina sebagai suatu tindakan “provokatif” dan tindakan “menganggu ketidakstabilan.”
Jurucakap Angkatan Tentera Filipina Kolonel Francel Margareth Padilla berkata bahawa anggota tentera negara itu terus berlatih dengan sistem pelancar peluru berpandu MRC itu termasuk berkenaan aspek mobiliti kerana Manila sedang meninjau “usaha untuk memperolehi” sistem MRC itu.
Memperolehi sistem pelancar peluru berpandu jarak sederhana MRC itu merupakan usaha Presiden Ferdinand Marcos Jr untuk mengalihkan fokus negara itu daripada menangani pergolakan dalam negara kepada mempertahankan kedaulatannya daripada ancaman negara luar.
Sistem pelancar peluru berpandu MRC itu akan membantu sistem pelancar peluru berpandu supersonik anti-kapal “BrahMos” yang telah pun diperolehi oleh Filipina daripada India.
Angkatan Tentera Filipina sedang membina pangkalan menempatkan peluru berpandu anti-kapal lancaran pesisir pantai BrahMos di barat pulau Luzon.
Filipina dan Amerika Syarikat bersetuju untuk mengekalkan sistem peluru berpandu Mid-Range Capability (MRC) atau “Typhon” yang berkemampuan melancarkan peluru berpandu pelbagai guna SM-6 dan Tomahawk di negara Asia Tenggara itu.
Tindakan Filipina dan Amerika Syarikat itu telah mengundang keresahan daripada China, yang bimbang sistem peluru berpandu jarak sederhana itu akan digunakan terhadapnya sekira konflik bersenjata di Indo-Pasifik tercetus.
Beijing mahukan sistem yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu diundurkan daripada Filipina.
Sistem peluru berpandu Typhon itu dihantar ke Filipina pada April sebagai sebahagian daripada latihan tentera di antara kedua-dua negara dinamakan “Salaknib 2024” tetapi tidak dilancarkan semasa latihan itu.
Ia adalah kali pertama sistem peluru berpandu Typhon itu dikerah di rantau Asia Pasifik.
Pada ketika ini, sistem Typhon itu ditempatkan di utara Filipina, tidak jauh daripada Taiwan dan tanah besar China.
Typhon
“Typhon” atau Mid-Range Capability
“Kita tidak mempunyai jangkamasa,” kata Ano ketika ditanya oleh wartawan sampai bilakah sistem peluru berpandu Typhon itu akan ditempatkan di Filipina dan menyatakan bahawa kedua-dua negara akan menentukan tempoh kerahan sistem itu di negara Asia Tenggara terbabit.
“Buat masa ini kita tidak bercadang untuk mengundurkannya. Kita memerlukan sistem peluru berpandu Typhon itu untuk latihan dan peningkatan kemampuan anggota tentera kita,” kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan Filipina Eduardo Ano.
Sistem Typhon itu berkemampuan melancar peluru berpandu kruis Tomahawk yang boleh membedil sasaran sejauh 2,000km dan inilah membimbangkan China kerana kemampuannya untuk membedil sasaran di dalam China sekiranya konflik tercetus di Indo Pasifik.
Daripada utara Pulau Luzon,sistem peluru berpandu Typhon itu juga boleh membedil pangkalan-pangkalan tentera China di terumbu-terumbu karang yang telah ditambak untuk menjadi puoau di Laut China Selatan.
Bateri sistem peluru berpandu Typhon itu terdiri daripada empat pelancar, pusat pemerintahan dan beberapa kenderaan lojistik.
Ia dikerah dan dioperasikan oleh Strategic Fires Batallion yang turut merangkumi High Mobility Artillery Rocket System (HIMARS) dan bateri-bateri Dark Eagle Hypersonic. — DSA

 

Comments
Loading...