Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Seminggu selepas Sambutan di Pulau Pinang, KD Selangor Dikerah “Shadow” Kapal Pengawal Pantai China

Menurut pemerhati Laut China Selatan, Ray Powell menerusi platform X @GordionKnotRayhari ini, kapal peronda pesisir pantai TLDM daripada kelas-Kedah iaitu KD Selangor dikerah untuk membayangi kapal pengawal pantai China (CCG) 5102.

0 142
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya kira-kira seminggu selepas “menyambut” kedatangan dua buah kapal Tentera Laut China di Pulau-Pinang, sebuah kapal peronda milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini dilaporkan telah dikerah untuk membayangi (shadow) sebuah kapal pengawal pengawal pantai China yang dikesan berada dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Menurut pemerhati Laut China Selatan, Ray Powell menerusi platform X @GordionKnotRay hari ini, kapal peronda pesisir pantai TLDM daripada kelas-Kedah iaitu KD Selangor dikerah untuk membayangi kapal pengawal pantai China (CCG) 5102.
Ray Powell juga adalah Pengarah di SeaLlight.Live dan hos bersama di rancangan podcast @IndoPacPodcast
“Kapal peronda pesisir pantai TLDM KD Selangor telah tiba untuk membayangi Kapal Pengawal Pantai 5102 milik China – kapal pengawal pantai terbaru China yang melakukan operasi rondaan intrusif di dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, hanya 70 Batu Nautika daripada kawasan pesisir pantai Sarawak,” kata beliau menerusi platform media sosialnya itu.
70 Batu Nautika itu adalah jelas di dalam kawasan ZEE Malaysia.
Ray
(kredit @GordionKnotRay)
Pada bulan lepas, Powell turut melaporkan kehadiran kapal pengawal pantai CCG 5102 di dalam perairan ZEE Malaysia bersama-sama kapal-kapal pengawal pantai negara itu yang lain iaitu CCG 5403 dan CCG 5402.
Aplikasi penjejakan kapal menunjukkan kapal-kapal pengawal pantai China CCG 5403 dan CCG 5102 itu dipercayai berada berhampiran dengan kawasan pembangunan gas Kasawari yang sedang diusahakan oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas di Blok 316 yang jelas berada di dalam kawasan perairan ZEE milik Malaysia.
Tujuan kapal-kapal pengawal pantai China itu berada berhampiran dengan lokasi blok-blok minyak dan gas Malaysia dipercayai adalah sama iaitu untuk melakukan rondaan-rondaan intrusif.
Petronas Carigali, anak syarikat penuh Petronas merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan dan adalah operator Lapangan Gas Kasawari itu yang dianggarkan bernilai berbillion-billion ringgit.
Pada minggu lepas, dua buah kapal milik People’s Liberation Army Navy (PLAN) Task Group 83, Qi Jiguang dan Jinggang Shan telah melaksanakan ‘port-call’ di Pulau Pinang.
KD Selangor
KD Selangor
Dilaporkan Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang menerima kunjungan hormat daripada dua komander kapal berkenaan, selain kelasi dan kadet Tentera Laut RRC turut melawat sekolah swasta Chung Ling High.
Ketika berada di Vladivostik, Russia bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan meneruskan penerokaan minyak dan gas di dalam kawasan perairannya di Laut China Selatan walaupun dibantah oleh Beijing.
Anwar berkata beliau pasti bahawa penerokaan minyak yang dilakukan oleh Malaysia berada di dalam perairan negara.
“China adalah rakan kita, tetapi kita perlu beroperasi di dalam kawasan perairan kita untuk memastikan kita mendapat manfaat, termasuk penggerudian dalam kawasan wilayah negara.
(Walaupun) Beijing hantar bantahan sebab dia rasa tu kawasan dia, kita terpaksa teruskan (aktiviti) sebab ini soal survival ekonomi negara kita,
China
Kunjungan dua buah kapal perang China di Pulau Pinang minggu lepas.
 
kata perdana menteri kepada wartawan Malaysia dalam sidang media di hari terakhir lawatan kerja ke Rusia.
Beijing dilaporkan menerusi nota diplomatik menuntut Malaysia menghentikan serta-merta semua aktiviti minyak dan gas di kawasan kaya minyak di perairan Sarawak, walaupun kawasan itu terletak dalam wilayah perairan Zon Eksklusif Ekonomi (EEZ) Malaysia. — DSA
Comments
Loading...