Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gambar-Gambar Ketibaan Kapal Perang Russia di Pulau Pinang

Bagaimanapun kemeriahan sambutan kapal-kapal perang Russia itu adalah amat berbeza dengan kemeriahan yang berkali-ganda apabila kapal-kapal latihan akademi Tentera Laut China singgah di lokasi yang sama hanya beberapa hari lalu. Mengapa?

0 7,042
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal daripada Armada Pasifik Tentera Laut Rusia iaitu RFS GROMKIY (335), RFS REZKIY (343), RFS ALDAR TSYDENZHAPOV (339) dan PECHENGA telah pun tiba di di Swettenham Pier Cruise Terminal, Pulau Pinang.
Sebagaimana dinyatakan oleh kenyataan media sosial Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ketibaan kapal-kapal Tentera Laut Russia itu telah disambut oleh delegasi TLDM yang diketuai Kepten Yusman bin Darmawan TLDM, Ketua Staf Markas Wilayah Laut 3 bersama delegasi Kedutaan Rusia di Malaysia.
Bagaimanapun kemeriahan sambutan kapal-kapal perang Russia itu adalah amat berbeza dengan kemeriahan yang berkali-ganda apabila kapal-kapal latihan akademi Tentera Laut China singgah di lokasi yang sama hanya beberapa hari lalu. Mengapa?
Lawatan operasi oleh Tentera Laut Rusia itu selain dari ulang bekal dan istirehat kru adalah bersempena dengan Memorial Ceremony of the 110th Anniversary of the Death of the Russian Sailor yang akan diadakan di dua lokasi sekitar Pulau Pinang.
Ketiga-tiga kapal perang Tentera Laut Russia, RFS GROMKIY (335), RFS REZKIY (343), RFS ALDAR TSYDENZHAPOV (339) adalah daripada kapal korvet daripada kelas-Steregushchiy atau mengikut designasi Tentera Laut Russia dikenali sebagai  Project 20380.
Russia
(kredit TLDM)
Russia
(kredit TLDM)
Kapal-kapal itu direkabentuk oleh Almaz Central Marine Design Bureau.
Walaupun Tentera Laut Russia mengkategorikan kapal-kapal korvet kelas- Steregushchiy itu sebagai korvet tetapi NATO menyatakannya sebagai frigate kerana saiz dan beratnya.
Tentera Laut Russia telah pun menyatakan ia bercadang memperolehi sebanyak 30 buah kapal korvet kelas-Steregushchiy untuk keempat-empat armadanya, dengan kapal korvet pertama daripada kelas itu telah pun ditauliahkan pada 2007.
Kapal-kapal korvet yang mempunyai berat 2,200 tan dan membawa 90 anak kapal ini telah dibina oleh limbungan kapal Severnaya Verf dan Amur Shipyard.
Sistem-sistem persenjataanya yang dibawanya sebagaimana dinyatakan oleh media-media pertahanan Barat adalah sebuah meriam 100mm atau meriam 130mm, sebuah Kashtan Close-In Weapon System (CIWS) atau dua buah CIWS AK630M, lapan pelancar peluru berpandu anti-kapal KH-35 dan sistem pertahanan udara “Redut”.
Russia
(kredit TLDM)
Russia
(kredit TLDM)
Russia
(kredit TLDM)
Russia
(kredit TLDM)
Selain itu ia juga dilengkapi dengan pelancar-pelancar torpedo Paket-NK serta pelancar untuk sistem dron Orlan-10 dan sebuah helikopter Ka-27.
Kapal-kapal korvet kelas-Stereguschiy itu juga dilengkapi dengan pakej sistem peperangan elektrronik  TK-25E-5 ECM. — DSA
Comments
Loading...