Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Jual Peluru Berpandu AIM-9X, Hellfire II Bernilai Hampir RM4 Billion Pada Arab Saudi

Amerika Syarikat telah meluluskan kemungkinan penjualan sejumlah 220 buah peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X Block II Sidewinder untuk kegunaan pesawat pejuang F-15 Arab Saudi dan juga 2,500 peluru berpandu Hellfire II untuk kegunaan helikopter penyerang AH-64D/E Apache milik negara Timur Tengah itu.

0 556
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan beberapa jenis peluru berpandu dan senjata lain kepada Arab Saudi dianggarkan bernilai US$900 juta (RM3.86 billion) bagi meningkatkan lagi kemampuan pertahanan sekutu utamanya di rantau Timur Tengah.
Defense Security Cooperation Agency (DSCA) telah memaklumkan kepada Kongres Amerika Syarikat tentang kemungkinan penjualan senjata-senjata itu.
“Penjualan senjata-senjata berkenaan kepada Arab Saudi akan membantu negara Arab itu dalam menangani cabaran ancaman-ancaman keselamatan pada masa ini dan masa depan,” kata DSCA.
Penjualan kepada Arab Saudi itu termasuklah sejumlah 220 buah peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X Block II  Sidewinder, perisian peluru berpandu, latihan, peralatan sokongan, alat ganti dan bantuan teknikal daripada kontraktor dan pelbagai sokongan lain.
Peluru berpandu udara-ke-udara itu dipercayai adalah untuk kegunaan pesawat-pesawat pejuang F-15 milik Tentera Udara Arab Saudi.
AIM-9X
Peluru berpandu AIM-9X Sidewinder
Hellfire
Peluru berpandu Hellfire
Perolehan sejumlah 220 buah peluru berpandu AIM-9X Block II Sidewinder oleh Arab Saudi dijangka menelan belanja US$251.8 juta (RM1.08 billion).
Peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X Block II Sidewinder merupakan peluru berpandu panduan infra merah yang moden yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 32km.
RTX (dahulu Raytheon) merupakan kontraktor utama bagi perolehan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X Block II Sidewinder itu.
 Selain dariapada peluru berpandu udara-ke-udara terbabit, Arab Saudi juga bakal memperolehi sejumlah 2,500 peluru berpandu AGM-114R3 Hellfire II yang dianggarkan bernilai US$655 juta (RM2.8 billion).
Peluru berpandu Hellfire II itu bakal digunakan oleh helikopter penyerang AH-64DE Apache yang digunakan oleh Tentera Darat Arab Saudi.  — DSA
Apache
Apache AH-64
Comments
Loading...