Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Nuklear Generasi Terbaru China “Karam”, Insiden Dianggap “Memalukan”

China memiliki armada tentera laut terbesar di dunia, dengan pemilikan lebih 370 buah kapal perang dan sedang giat membina generasi baru kapal selam bersenjata peluru berpandu ballistik nuklear.

0 4,467
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal selam berkuasa nuklear terbaru China dipercayai karam dalam satu insiden ketika kerja-kerja pembinaannya pada tahun ini, dakwa seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat yang menyatakan ia merupakan suatu tamparan yang “memalukan” buat Beijing ketika ia berusaha memperkuatkan lagi keupayaan tenteranya.
China memiliki armada tentera laut terbesar di dunia, dengan pemilikan lebih 370 buah kapal perang dan sedang giat membina generasi baru kapal selam bersenjata peluru berpandu ballistik nuklear.
Seorang pegawai kanan pertahanan AS, yang enggan namanya disiarkan berkata bahawa kapal selam bersenjata nuklear generasi terbaru China itu mengalami kemalangan dan tenggelam di sebelah jeti antara bulan Mei dan Jun lalu.
Seorang jurucakap kedutaan China di Washington menyatakan mereka tidak mempunyai sebarang maklumat untuk diberikan.
“Kami tidak biasa dengan situasi yang anda sebutkan dan buat masa ini tidak mempunyai maklumat untuk diberikan,” kata pegawai tersebut.
China
Lokasi kemalangan menimpa kapal selam China
Pegawai keselamatan Amerika Syarikat itu berkata punca kapal selam berkuasa nuklear tersebut mengalami kemalangan sehingga karam adalah tidak jelas, begitu juga sama ada ia membawa bahan bakar atau persenjataan berpeledak nuklear ketika kemalangan pada masa itu.
“Selain daripada persoalan yang jelas tentang piawaian latihan dan kualiti peralatan, insiden ini menimbulkan persoalan lebih mendalam tentang kebertanggungjawaban dalaman dan pengawasan terhadap industri pertahanan China — yang sudah lama dibelenggu oleh isu rasuah,” kata pegawai itu, merujuk kepada Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
“Tidak mengejutkan bahawa Tentera Laut PLA akan cuba menyembunyikan kejadian ini,” tambah pegawai keselamatan Amerika Syarikat itu lagi.
Bercakap di Taipei pada Jumaat, Menteri Pertahanan Taiwan Wellington Koo berkata pihak berkuasa negara pulau itu “memiliki maklumat mengenai situasi ini melalui pelbagai kaedah perisikan dan pemantauan,” tetapi tidak menghuraikan lebih lanjut.
Taiwan, yang dianggap oleh China sebagai wilayahnya, sentiasa memantau dengan dekat segala aktiviti ketenteraan China.

China

Pada bulan Jun, gambar-gambar online menunjukkan kapal selam nuklear China muncul di Selat Taiwan berhampiran nelayan Taiwan.
Berita mengenai kemunculan kapal selam China itu turut dilaporkan oleh media Wall Street Journal.
Satu siri imej satelit dari Planet Labs pada bulan Jun menunjukkan kren di limbungan kapal Wuchang, tempat kapal selam tersebut dipercayai berlabuh.
Setakat tahun 2022, China mempunyai enam buah kapal selam berkuasa nuklear berkeupayaan membawa peluru berpandu ballistik, enam kapal selam serangan berkuasa nuklear, dan 48 kapal selam serangan berkuasa diesel, menurut laporan Pentagon mengenai ketenteraan China.
Armada kapal selam China ini dijangka meningkat kepada 65 buah menjelang tahun 2025 dan 80 buah menjelang 2035, menurut Jabatan Pertahanan AS.

China

Pada Rabu, China mengumumkan bahawa mereka berjaya melancarkan peluru berpandu balistik antara benua ke Lautan Pasifik, satu tindakan yang mungkin menimbulkan kebimbangan antarabangsa mengenai peningkatan kekuatan nuklear negara itu.
Komander-komander tentera Amerika Syarikat dan juga China dilaporkan telah mengadakan perbincangan buat pertama kalinya awal bulan ini, dalam usaha untuk menstabilkan hubungan ketenteraan dan mengelakkan salah faham, terutama di kawasan panas serantau seperti Laut China Selatan. — DSA

Comments
Loading...