Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang Rafale, KF-21 “Boramae” Bersaing Hebat Pikat Hati Tentera Udara Peru

Tentera Udara Peru bercadang menggantikan pesawat-pesawat pejuang MiG-29 dan Mirage 2000 yang dimilikinya pada ketika ini dengan pesawat-pesawat yang lebih moden.

0 3,203
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang Rafale buatan Dassault Aviation daripada Perancis dan KF-21 “Boramae” buatan Korea Aerospace Industries (KAI) daripada Korea Selatan dilaporkan mendahului persaingan untuk memenuhi keperluan untuk Tentera Udara Peru.
Tentera Udara Peru bercadang menggantikan pesawat-pesawat pejuang MiG-29 dan Mirage 2000 yang dimilikinya pada ketika ini dengan pesawat-pesawat yang lebih moden.
Panglima Angkatan Tentera Peru  Jeneral Carlos Enrique Chávez Cateriano menyatakan bahawa pihaknya telah pun menyelesaikan kajian komprehensif bagi mendapatkan pesawat pejuang baru, dengan keputusan dijangka dibuat pada tahun depan.
Tentera Udara Peru telah menyenaraikan pesawat pejuang Rafale dan KF-21 dalam senarai akhir.
Selain KF-21 dan Rafale, Peru turut ditawarkan pesawat-pesawat pejuang lain termasuk F-16 oleh Amerika Syarikat, JAS39 Gripen oleh Sweden dan juga Eurofighter Typhoon oleh Sepanyol, yang merupakan salah sebuah negara konsortium yang membangunkannya.
KF-21
KF-21 “Boramae”
Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu dibuat oleh konsortium empat buah negara Eropah iaitu, Britain, Jerman, Sepanyol dan Itali.
Dengan Tentera Udara Peru sedang menggunakan pesawat pejuang Mirage 2000 yang juga dibuat oleh Dassault Aviation, maka pesawat pejuang Rafale disifatkan sebagai pilihan semulajadi kepada Tentera Udara Peru.
Disifatkan sebagai pesawat pejuang yang versatile, Rafale berkemampuan melaksanakan pelbagai misi, antaranya termasuklah air superiority, interdiction dan nuclear deterrence, selain dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem persenjataan dan sistem peperangan elektronik.
Pada ketika ini, pesawat pejuang Rafale disifatkan seperti “goring pisang panas” berikutan kejayaannya memikat hati beberapa buah negara pada tahun ini dan tahun lepas untuk membelinya.
Minggu lepas, Serbia menjadi pelanggan terbaru bagi pesawat pejuang Rafale apabila ia bersetuju untuk memperolehi 12 buah pesawat pejuang buatan syarikat Dassault Aviation dengan harga US$3 billion (RM12.90 billion).
KF-21
Pesawat pejuang KF-21 sedang melaksanakan ujian penembakan peluru berpandu udara ke udara jarak jauh “Meteor.”
Untuk tahun ini sahaja, syarikat Dassult Aviation telah pun memperolehi pesanan sebanyak 18 buah pesawat Rafale, 60 pesanan pada 2023 dan 92 pesanan pada 2022.
Selain peningkatan pesanan daripada negara-negara luar, syarikat Dassault Aviation juga berhadapan dengan peningkatan pesanan daripada Tentera Udara Perancis itu sendiri yang membeli lebih banyak pesawat pejuang Rafale.
Pada awal Januari lalu, Perancis mengesahkan ia akan membelanjakan sejumlah US$5.5 bilion (RM24.75 bilion) untuk memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale.
Pesanan terbaru daripada kerajaan Perancis untuk 42 buah pesawat pejuang Rafale telah menjadikan keseluruhan pesanan terhadap pesawat pejuang itu daripada Tentera Udara Perancis pada masa ini adalah sebanyak 234 buah.
Selain pesanan pesawat pejuang Rafale untuk Tentera Udara Perancis, syarikat Dassault Aviation turut menerima pesanan untuk 261 buah pesawat Rafale untuk beberapa buah negara termasuk Indonesia, India, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pesawat pejuang Rafale kini diibaratkan seperti “goreng pisang” panas di rantau Teluk pada ketika ini, dengan satu demi satu negara cuba memilikinya.
KF-21
KF-21 “Boramae”
Arab Saudi dilaporkan sedang menimbangkan untuk memperolehi 54 buah pesawat pejuang Rafale itu, walaupun media Perancis mendakwa negara pengeluar minyak kedua terbesar dunia itu mahu membeli 100 buah pesawat pejuang buatan Perancis itu.
Bagi pesawat pejuang KF-21 “Boramae” pula, ia dikategorikan sebagai pesawat pejuang generasi 4.5 walaupun KAI menyatakan kemampuan dimiliki oleh pesawat pejuangnya itu adalah lebih hampir kepada pesawat pejuang generasi 4.9.
Bercakap dalam temuramah dengan akhbar berbahasa Korea baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif KAI Kang Goo-young berkata, prestasi pesawat pejuang KF-21 itu adalah lebih baik berbanding pesawat pejuang generasi 4.5 di pasaran ketika ini seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon.
“Mengkategorikan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” sebagai pesawat generasi 4.5 merendahkan kemampuan dan keupayaannya. Berbanding dengan pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon, prestasinya (KF-21) adalah jauh lebih baik.”
“Jadi saya memanggilnya pesawat pejuang (KF-21) generasi 4.9, yang lebih dekat kepada pesawat pejuang generasi ke-5 (daripada segi prestasi dan kemampuannya),” kata beliau.
Rafale
Pesawat pejuang Rafale milik Tentera Udara Qatar
Pesawat pejuang KF-21 itu akan dilengkapkan dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) dan pelbagai sistem serta penderia moden, selari dengan dengan teknologi terkini seperti AI dan banyak lagi.
Satu lagi kelebihan yang dimiliki oleh pesawat pejuang KF-21 adalah kosnya, kerana ia dianggarkan akan lebih murah di antara 30 peratus hingga 40 peratus berbanding pesawat-pesawat pejuang yang bersaing dengannya.
Dan usaha untuk mengurangkan kosnya masih berterusnya menerusi pengaplikasian proses otomasi dalam pembangunnanya. — DSA

Comments
Loading...