Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Hezbollah Dedah Kompleks Kubu Bawah Tanahnya “Imad 4”, Amaran Pada Israel

Dalam rakaman video selama empat minit itu yang diterbitkan oleh cabang media (VIDEO) Hezbollah itu sendiri yang bertajuk “Our Mountains are our storehouses” (Gunung Kami Pusat Simpanan Kami), ia memaparkan kubu bawah yang kompleks dan tanah yang besar serta lengkap dengan anggota bersenjata Hezbollah berkeliaraan sambil menaiki motosikal.

0 1,196

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam apa yang disifafkan sebagai suatu amaran keras kepada Israel, kumpulan bersenjata Hezbollah telah mengeluarkan rakaman video menunjukkan tentang kemudahan kubu bawah tanahnya yang digunakan untuk menyimpan dan melancarkan serangan roket-roket dan peluru berpandu terhadap Israel.

Dalam rakaman video selama empat minit itu yang diterbitkan oleh cabang media Hezbollah itu sendiri yang bertajuk “Our Mountains are our storehouses” (Gunung Kami Pusat Simpanan Kami), ia memaparkan kubu bawah yang kompleks dan tanah yang besar serta lengkap dengan anggota bersenjata Hezbollah berkeliaraan sambil menaiki motosikal.

Kemudahan bawah tanah Hezbollah yang dipercayai dibina dalam sebuah gunung di Lubnan itu telah dinamakan “Imad 4” yang merujuk kepada komandernya Imad Mughniyeh yang terbunuh dalam serangan bom kereta di Damsyik pada 2008 yang dipercayai dilakukan oleh Israel.

Ia juga berkemungkinan menunjukkan bahawa Hezbollah memiliki kompleks bawah tanah yang lain selain “Imad 4.”

Dalam rakaman itu, selain anggota bersenjata ia turut menunjukkan trak-trak membawa peluru berpandu di dalam kemudahan bawah tanah milik Hezbollah itu, bersedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa.

Suara Setiausaha Agong Hezbollah Hassan Nasrallah yang turut terkandung dalam rakaman video itu menyatakan bahawa kumpulan bersenjata itu memiliki peluru  berpandu yang boleh membedil sasarannya dengan tepat sekiranya Israel melancarkan peperangan terhadap Lubnan.

“Israel akan berdepan dengan detik penentu dan realiti yang ia tidak sangkakan.”

“Sasaran adalah di dalam tangan kami dan koordinat (sasaran) berada di dalam tangan kami dan peluru berpandu ini dikerahkan dengan penuh kerahsiaan,” kata Hassan Nasrallah.

Stesen TV Al-Manar yang mempunyai hubungan rapat dengan Hezbollah menyifatkan rakaman video yang memaparkan kemudahan bawah tanah Hezbollah yang tidak pernah didedahkan sebelum ini sebagai suatu  “mesej yang jelas bahawa kumpulan bersenjata bersedia untuk berhadapan dengan musuh utama, Israel.”

Hezbollah yang ditubuhkan pada tahun-tahun 1980-an adalah satu-satunya kumpulan bersenjata Lubnan yang dibenarkan untuk menyimpan senjata sejurus selepada tamatnya peperangan saudara di Lubnan pada 1990.

Hezbollah

Kumpulan bersenjata terus-menerus menyimpan dan peluru berpandu walaupun anggotanya turut dihantar ke Syria untuk turut sama berjaya, selain mendapat bekalan persenjataan terkini daripada penyokong utamanya iaitu Iran.

Rakaman tentang salah satu kemudahan tenteranya yang paling penting itu muncul ketika Hezbollah memberi amaran ia akan membalas dendam terhadap kematian panglimanya, Fuad Shukr yang terbunuh dalam serangan udara oleh Israel terhadap pejabatnya di selatan Lubnan pada 30 Julai yang lalu.

Fuad Shukr atau “Haj Mohsen”, orang nombor dua di dalam Hezbollah selepas Hassan Nasrallah terbunuh selepas tentera Israel melancarkan serangan udara untuk membunuhnya di kawasan dinamakan Haret Hreik yang terletak di kejiranan Dahiyeh di selatan Beirut.

Kawasan Haret Hreik di kejiranan Dahiyeh di selatan Beirut itu dikatakan adalah kawasan kubu kuat Hezbollah, menempatkan beberapa bangunan dikatakan didiami oleh pemimpin-pemimpin kumpulan bersenjata Lubnan itu.

Fuad Shukr merupakan pemimpin tertinggi tenteranya, yang mengambil alih cabang tentera kumpulan yang disokong oleh Iran itu selepas pembunuhan panglimanya, Imad Mughniyeh beberapa tahun lepas.

Hezbollah

Fouad dilaporkan adalah panglima tentera Hezbollah yang merancang segala strategi tentera Hezbollah di selatan Lubnan.

Pihak Amerika Syarikat juga menawarkan wang tunai berjumlah US$5 juta keatas maklumat tentang Fouad Shukr, sambil mendakwa bahawa pemimpin Hezbollah itu memainkan peranan penting terhadap insiden pengebom berek tentera Amerika di Beirut yang mengorbankan 241 anggota tentera Marine negara itu.

Hassan Nasrallah berulang-kali mengancam untuk menyerang Israel, dengan ucapan terbarunya pada minggu lepas berkeras untuk melancarkan serangan yang “keras” dan “berkesan” kerana membunuh Shukr, walaupun ia akan berhadapan dengan kesan. 

Keadaan di Timur Tengah semakin bergolak dan berada di dalam keadan paling genting sejak beberapa bulan lepas, apabila beberapa hari selepas pembunuhan Fuad Shukr itu, pihak Israel juga telah didakwa melancarkan serangan yang membunuh pemimpin Palestin, Ismail Haniyeh yang pada ketika itu berada di Teheran.

Hezbollah

Ismail berada di Teheran untuk menghadiri majlis angkat sumpah presiden Iran yang baru, Masoud Pezeshkian.

Akibat daripada pembunuhan Fuad dan Haniyeh, Iran dan Hezbollah serta kumpulan-kumpulan proksi Iran di Timur Tengah mengancam untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Israel dan pangkalan-pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau itu. — DSA

 

 

 

 

Comments
Loading...