Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Pertama Kali, Varian Eksport “Lancet-E” Buat Penampilan Sulung di Army Forum 2024

Pada Army 2024 International Military-Technical Forum yang berlangsung di Moscow pada ketika ini, ROSOBORONEXPORT JSC (sebahagian daripada Rostec) telah mendedahkan varian export bagi sistem dron berani mati terkenal daripada Russia itu yang dipanggil Lancet-E.

0 2,823

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pelanggan-pelanggan luar Russia yang berminat kini boleh memiliki dron berani mati (loitering munition) , Lancet yang telah pun menunjukkan keberkesanannya pada konflik di Ukraine dan muncul sebagai antara sistem persenjataan Russia yang paling “digeruni” oleh anggota tentera Ukraine.

Pada Army 2024 International Military-Technical Forum yang berlangsung di Moscow pada ketika ini, ROSOBORONEXPORT JSC (sebahagian daripada Rostec) telah mendedahkan varian export bagi sistem dron berani mati terkenal daripada Russia itu yang dipanggil Lancet-E.

Varian eksport sistem dron berani mati itu, Lancet-E terdiri daripada Z-16-E dron pemantau (reconnaissance drone) dan dua buah dron berani mati, 51-E dan 52-E yang memiliki ciri-ciri berlainan terutamanya melibatkan jarak dan maximum take-off weight (MTOW).

“Penampilan varian eksport Lancet-E pada Army 2024 menandakan permulaan bagi ROSOBORONEXPORT dan kempen pemasaran global untuk sistem persenjataan yang canggih ini.”

“Sistem persenjataan ini telah menunjukkan keberkesanannya pada medan peperangan dan kemampuan untuk menangani pelbagai jenis sasaran daripada kesemua jenis kereta perisai dan kubu-kubu serta sasaran darat,” menurut kenyataan oleh Ketua Pengarah ROSOBORONEXPORT Alexander Mikheev kepada Defence Security Asia.

Lancet
Lancet-E (ROSOBORONEXPORT)

 

Menurut Alexander itu lagi, pada ketika ini pihaknya menganggarkan lebih daripada 1,000 sistem dron berani mati Lancet-E itu berpotensi dieksport kepada pelanggan-pelanggan di luar Russia yang berminat untuk memiliki sistem itu yang telah terbukti keberkesannya di medan peperangan.

“Kami pasti sebaik sahaja keperluan Angkatan Tentera Russia telah berjaya dipenuhi, sebarang produksi sedia ada akan membolehkan pihak kami untuk memenuhi permintaan-permintaan daripada pihak di luar,” kata Alexander.

Selain itu kata Ketua Pengarah ROSOBORONEXPORT  itu lagi, pihaknya juga secara aktif menawarkan kerjasama kepada rakannya di dalam format lesen dan produksi bersama (joint production) di premis rakannya itu dalam rangka kerjasama teknologi.

Selain varian eksport Lancet-E, pihak ROSOBORONEXPORT juga telah berjaya memasarkan varian eksport dron berani mati Kub-E yang dibangunkan oleh Rostec dan Kalashnikov Group.

“Sistem pesawat tanpa pemandu (pemantauan dan serangan) Orlan-10E, Orlan-30 dan Orion-E juga mempunyai permintaan yang kukuh daripada pelanggan-pelanggan di luar.”

Lancet
Kemudahan pembuatan Lancet

 

ROSOBORONEXPORT menawarkan jalan penyelesaian untuk semua domain peperangan, termasuk bot-bot tanpa pemandu, Unmanned Underwater Vehicles (UUV) dan Sistem Robotik Daratan.

Dron berani mati (loitering munition) Lancet itu telah dibangunkan oleh syarikat ZALA Aero, yang  merupakan anak syarikat kepada Kalashnikov Concern,anak syarikat kepada Kalashnikov yang bertanggungjawab membangunkan senjata api AK-47 yang terkenal di seluruh dunia.

 Dron berani mati Lancet itu amat digeruni oleh tentera Ukraine dan kini senjata itu menjadi lebih berbahaya selepas dinaiktaraf oleh syarikat pembuatnya itu dengan melengkapkan dron kamikaze itu dengan kemampuan Artificial Intelligence (AI).

 Jikalau sebelum ini, dron berani mati itu dikawal oleh anggota tentera Russia daripada jauh tetapi kini laporan terbaru mengatakan dron “Lancet” itu kini beroperasi secara otonomi tanpa sebarang kawalan daripada manusia menerusi kemampuan AI miliknya.

Dalam ertikata sebenarnya, dron berani mati keluaran ZALA Aero itu kini boleh mengesan, mengenalpasti dan membedil sasarannya sendiri tanpa sebarang campurtangan atau kawalan daripada pengendalinya.

Lancet
Dron berani mati”Lancet”  yang digunakan oleh tenera Russia. 

 

Diantara Februari 2022 hingga Disember 2023, pihak tentera Russia telah mengerah sejumlah 872 buah dron berani mati Lancet dan ia telah berjaya memusnahkan sejumlah 698 sasaran pihak Ukraine.

ZALA Aero, syarikat Russia yang membangunkan dron berani mati Lancet itu berkata sistem itu telah berjaya memusnahkan 80 peratus daripada sasaran-sasaran tentera Ukraine daripada keseluruhan 872 dronnya yang dikerahkan sejak konflik antara dua negara jiran itu berlaku di dalam tempoh terbabit. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...