Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Kerah 250 Peluru Pelancar Berpandu Hwasong-11D Ke Sempadan Korea Selatan

Korea Utara telah mengerahkan 250 pelancar bergerak peluru berpandu ballistik “Hwasong-11D”  ke sempadan dengan Korea Selatan dalam apa yang dilihat sebagai peningkatan tindakan provokasi terhadap negara jirannya itu, yang disokong oleh Amerika Syarikat.

0 2,325

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Utara telah mengerahkan 250 pelancar bergerak peluru berpandu ballistik “Hwasong-11D”  ke sempadan dengan Korea Selatan dalam apa yang dilihat sebagai peningkatan tindakan provokasi terhadap negara jirannya itu, yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Setiap pelancar membawa empat butir peluru berpandu, menunjukkan bahawa kesemua 250 pelancar itu membawa kira-kira 1,000 peluru berpandu begitu hampir dengan sempadan Korea Selatan.

Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh akhbar Korea Utara, Rodong Sinmun menunjukkan barisan pelancar-pelancar peluru berpandu ballistik tersusun rapi.

Dalam ucapan pada majlis penerimaan pelancaran peluru berpandu itu, pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un berkata bahawa negara itu berkemampuan untuk melaksanakan inisiatif operasional dengan kemampuan menyerang dan membedil sasaran musuh di setiap medan pertempuran.

“Korea Utara akan memberikan mesej yang jelas bahawa jika Amerika Syarikat tidak mengendahkan amaran berkali-kali oleh kami dan terus berusaha menjejaskan keselamatan di rantau ini, maka ia akan menanggung akibatnya,” kata pemimpin Korea Utara itu.

Hwasong-11D

Pemimpin Korea Utara itu secara peribadi melihat sendiri penyerahan peralatan ketenteraan kepada komander-komander tentera dan dalam ucapannya mendakwa bahawa sistem peluru berpandu itu dibangunkan hasil teknologi negara itu sendiri, menurut media negara itu.

Kerahan sistem pelancar peluru berpandu ballistik ke kawasan begitu hampir dengan sempadan menunjukkan peluru berpandu tidak mempunyai jarak yang jauh, menurut Angkatan Tentera Korea Selatan.

Pemerhati ketenteraan serantau menyatakan bahawa sistem peluru berpandu ballistik yang dikerah oleh Korea Utara begitu hampir dengan sempadan Korea Selatan berkemungkinan besar adalah Hwasong-11, yang pertama kali dilancar hanya dua tahun lepas.

Pemerhati menyatakan peluru berpandu ballistik jarak dekat “Hwasong-11D” itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 180-220km, tetapi jarak bedilannya boleh dipertingkat dengan pengubahsuaian terutamanya jika ia mengurangkan peledak.

Hwasong-11D
Hwasong-11D

 

Pihak Korea Selatan menyatakan bahawa peluru berpandu ballistik jarak dekat itu berkemungkinan akan diguna untuk membedil pangkalan-pangkalan tentera Korea Selatan yang terletak di utara negara itu berhampiran kawasan sempadan.

Peluru berpandu ballistik jarak dekat Hwasong-11 itu juga boleh dilengkapi dengan peledak nuklear.

Ia pernah mengadakan ujian pelancaran peluru berpandu ballistik “Hwasong-11D” pada Mei lepas dan Mac lepas daripada tapak ujian yang terletak di kawasan timur negara itu. — DSA

 

 

 

 

 

Comments
Loading...