Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Pesawat Pejuang Gripen Sweden Berlatih Guna Jalanraya Pedalaman Untuk Berlepas, Mendarat

(VIDEO) Pakatan tentera, NATO (North Atlantic Treaty Organisation) telah mengeluarkan video dan gambar-gambar pesawat pejuang Gripen mendarat di jalanraya pedalaman di Sweden itu dalam latihan itu, hanya beberapa bulan selepas ia diterima masuk dalam pakatan ketenteraan itu. 

0 2,120

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini dalam satu latihan tentera di Gothenburg, Sweden, jalanraya telah dijadikan landasan digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Gripen milik Tentera Udara Sweden untuk berlepas dan mendarat.

Pakatan tentera, NATO (North Atlantic Treaty Organisation) telah mengeluarkan video dan gambar-gambar pesawat pejuang Gripen mendarat di jalanraya pedalaman di Sweden itu dalam latihan itu, hanya beberapa bulan selepas ia diterima masuk dalam pakatan ketenteraan itu. 

Juruterbang-juruterbang pesawat pejuang Gripen Sweden berlatih mendaratkan pesawat pejuang di atas jalanraya bagi memberikan mereka kelebihan dan fleksibiliti ketika berhadapan dengan kecemasan atau konflik.

Gripen adalah pesawat pejuang utama Tentera Udara Sweden, yang kini dilengkapi dengan sistem pendaratan yang telah diperkukuhkan dan berada pada tahap lebih tinggi daripada permukaan jalanraya untuk mengelak apa-apa bahan disedut masuk ke dalam enjin pesawat itu.

Dalam apa-apa insiden di mana pangkalan udara, lapangan terbang dan landasan rosak atau tidak  dapat digunakan, pesawat-pesawat Gripen boleh mendarat di atas jalanraya yang telah diubahsuai untuk membolehkan pendaratan oleh pesawat kombat.

Ketika berada di jalanraya yang diubahsuai menjadi landasan, pesawat pejuang Gripen itu boleh menggunakan Foreard Arming and Refuelling Point (FARP) bergerak, mengisi minyak pesawat pejuang itu sebelum ia berlepas semula.

Pada Mac lalu, Sweden menjadi negara ke-32 untuk menganggotai NATO selepas menyelesaikan segala proses untuk menjadi anggota pakatan ketenteraan itu.

Setiausaha Agong NATO Jens Stoltenberg menyatakan bahawa ia adalah detik bersejarah dengan Sweden akan mengambil tempatnya di dalam pakatan ketenteraan itu, dengan suara untuk membentuk dasar dan keputusan NATO.

Gripen

Gripen

Hanya beberapa hari selepas menjadi anggota NATO, pesawat-pesawat pejuang Gripen Tentera Udara Sweden telah turut sama mengawasi ruang udara di Laut Baltik bersama-sama pesawat pejuang daripada Jerman dan Belgium.

NATO dalam satu kenyataan akhbar berkata, ia adalah demonstrasi integrasi Tentera Udara Sweden bersama-sama pasukan lain di dalam NATO dan interoperabiliti dalam memelihara kepentingan NATO di Laut Baltik.

Pesawat pejuang Gripen telah dibangunkan oleh Saab.

Gripen merupakan pesawat pejuang satu enjin yang dibangunkan oleh syarikat aeroangkasa Sweden, Saab.

Ia direka untuk menggantikan Saab 35 Draken dan 37 Viggen dalam Tentera Udara Sweden.

Saab Group
Pesawat pejuang Gripen Thailand

 

Gripen adalah pesawat pejuang generasi baru yang menggunakan teknologi canggih, berkemampuan menjalankan pelbagai misi Udara-ke-Udara, Udara-ke-Darat dan pengintipan dengan menggunakan senjata yang paling moden.

 Gripen direka untuk memenuhi tuntutan ancaman semasa dan masa depan, sambil mematuhi keperluan ketat keselamatan penerbangan, kebolehpercayaan, kecekapan latihan dan kos operasi yang rendah.

Pesawat pejuang Gripen sedang berkhidmat dengan beberapa angkatan udara termasuk Angkatan Udara Sweden, Republik Czech dan Hungary, serta Angkatan Udara Diraja Thailand. — DSA

Comments
Loading...