Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Komando ATM,TNI Gempur “Pengganas” Di Pekan

Latihan penggempuran pasukan komando ATM dan TNI itu dilaksanakan sebagai satu sesi latihan dalam LATGABMA MALINDO DARSASA 11AB/2023 bagi menepati konsep latihan pada kali ini iaitu menghadapi ancaman pengganas.

0 9,893

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) 11AB/2023 yang sedang berlangsung ketika ini telah mengadakan latihan penggempuran bagi menghadapi ancaman pengganas.

Latihan diadakan di Pekan melibatkan peserta-peserta LATGABMA MALINDO DARSASA 11AB/2023 termasuk Combat Tracker Team (CTT) dari PULADA.

“Latihan ini adalah juga bagi menguji PROTAP No.16 dan No.18 iaitu Operasi Gabungan Bersama MALINDO Menangani Ancaman Keganasan dan Prosedur Menangani Pengganas,” menurut kenyataan media sosial Markas Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Komando
(kredit FB My Joint Force)

 

Latihan penggempuran dilaksanakan sebagai satu sesi latihan dalam  LATGABMA MALINDO DARSASA 11AB/2023 bagi menepati konsep latihan pada kali ini iaitu menghadapi ancaman pengganas.

LATGABMA MALINDO DARSASA adalah siri latihan yang dianjurkan secara bergilir bagi setiap tiga tahun antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Latihan yang bermula 10 Mac sehingga 21 Mac 2023 adalah satu platform terbaik  bagi kedua-dua angkatan tentera dalam meningkatkan profesionalisme dan keupayaaan untuk diaplikasikan dalam menangani situasi sebenar dilapangan.

Komando
(kredit FB My Joint Force)

 

Selain itu, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negara serantau atau lebih tepat sebagai dua negara bersaudara yang memiliki kesefahaman yang sangat mendalam.

Kontinjen ATM diketuai oleh Brigedier Jeneral Ahmad Shuhaimi bin Mat Wajab selaku Pengarah Eksesais manakala Brigadir Jenderal TNI (Mar) Supriyono selaku Timbalan Pengarah.

Komando
(kredit FB My Joint Force)

 

Eksesais melibatkan seramai 611 peserta yang terdiri dari 461 peserta ATM dan 150 peserta TNI.

Beberapa aktiviti projek Jiwa Murni yang merangkumi Engineering Civic Action Program (ENCAP), Medical Civic Action Program (MEDCAP) dan Dental Civic Action Program (DENCAP) turut diadakan bagi mewujudkan kerjasama dan perhubungan antara masyarakat setempat dengan tentera kedua-dua negara sempena latihan itu. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...