Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Video Uji Nilai Kenderaan Tempur Tempatan “HMAV4x4”, MILDEF International Technologies

Kenderaan tempur, HMAV4x4 keluaran syarikat MILDEF International technologies Sdn Bhd membawa harapan industri pertahanan tempatan. Semoga Berjaya.

5,019

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Defence Security Asia telah memperolehi video eksklusif ujian oleh tim penilai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap kenderaan High Mobility Armoured Vehicle (HMAV4x4).

Sebagaimana yang kita semua ketahui, kenderaan HMAV4x4 ini dibangunkan oleh syarikat MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

 

Tenaga dan kepakaran dibelakang pembangunan kenderaan HMAV4x4 ini adalah 100 peratus anak-anak tempatan, sesuatu yang amat dibanggakan oleh kita semua dan industri pertahanan negara.

Menurut maklumat yang diperolehi oleh Defence Security Asia, kenderaan tempur kebanggaan industry pertahanan negara ini masih lagi menjalani “sesi lenjan-melenjan” oleh tim uji nilai ATM, dengan HMAV4x4 telah pun menempuh perjalanan dan rintangan sejauh kira-kira 2,500km. Admin diberitahu kira-kira 2,500km lagi perjalanan dan rintangan yang perlu ditempuhi.

MILDEF

Bagaimanapun, admin diberitahu bahawa setakat ini — “Alhamdulillah” kenderaan tempur keluaran syarikat tempatan, MILDEF ini telah berjaya mengharungi segala sesi uji nilai ATM dengan amat cemerlang sekali.

“Antara ujian-ujian yang terpaksa dihadapi oleh kenderaan HMAV4x4 pada sesi uji nilai ATM itu termasuklah 30 degree climbing, 150 off road with combat load, side slope dan turun bukit,” kata sumber terbabit kepada Defence Security Asia.

Dalam video itu kita dapat lihat bagaimana HMAV4x4 itu dipandu di tepi pantai dan menjalani ujian pemanduan di kawasan berpasir.

Sementara itu admin juga diberitahu bahawa kenderaan tempur keluaran syarikat tempatan, MILDEF ini menjadi tumpuan malah setiap pergerakan HMAV4x4 itu dipantau rapi menerusi kehadiran “paparazzi” upahan.

“Ada yang hantar paparazzi untuk follow trial team ini. Kami (HMAV4x4) rest (berehat) ditepi jalan, pun depa ‘spin’ kata (kenderaan kami) rosak.”

Itulah persaingan yang sedang dihadapi oleh MILDEF ketika ini.

Kami di Defence Security Asia berharap HMAV4x4 dapat menempuh segala cabaran ini dengan baik dan muncul sebagai pilihan kepada ATM.

MILDEF dan kenderaan tempur HMAV4x4 ini membawa harapan tinggi rakyat dan industri pertahanan negara,  kita berharap ATM dapat membuat pilihan terbaik yang akan melonjakkan lagi industri pertahanan negara dan kepakaran tempatan.

Video diatas itu hanyalah Part 1, nantikan video eksklusif yang lagi panjang di Defence Security Asia.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.