Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pesawat Amerika Lakukan Serangan Udara Terhadap Kedudukan Militan Pro-Iran

0 505

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Amerika Syarika termasuk F-15 Eagle telah melakukan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan-kumpulan militan yang disokong oleh Iran di timur Syria.

Serangan udara yang dilancarkan atas arahan Presiden Amerika Syarikat Jo Biden adalah sebagai respons terhadap serangan-serangan yang dilakukan oleh kumpulan terbabit terhadap anggota tentera Amerika di Iraq.

F-15 Eagle
Pesawat F-15 Eagle

Menurut kenyataan oleh Jabatan Pertahanan Amerika, serangan udara itu telah memusnahkan beberapa kemudahan yang digunakan oleh kumpulan militan disokong oleh Iran termasuk Kait’ib Hezbollah dan Kait’ib Sayyid al-Shuhada di kawasan kawalan sempadan Iraq-Syria.

Kawasan terbabit dipercayai merupakan laluan utama digunakan oleh militan yang disokong oleh Iran untuk memasuki Iraq. Ruang udara di lokasi serangan udara itu dikatakan dibawah pengawasan tentera Russia. Kenyataan oleh Pentagon juga berkata, serangan udara itu dilakukan selepas rundingan dengan pasukan tentera Bersekutu. Menurut laporan media, antara sasaran serangan udara pesawat-pesawat pejuang Amerika Syarikat itu termasuklah pusat kawalan dan pemerintahan, lojistik dan tempat tinggal militant.

(Rakaman serangan roket di Erbil, utara Iraq)

Serangan udara oleh pesawat-pesawat pejuang Amerika itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh militant-militan pro-Iran di kawasan berhampiran lapangan terbang Erbil di Kurdistan, utara Iraq.

Serangan roket oleh militant pro-Iran itu membunuh seorang kontraktor awam dan mencederakan seorang tentera Amerika Syarikat serta lapan kontraktor awam yang lain.

Sejurus selepas serangan roket terhadap kedudukan tentera Amerika dan Bersekutu itu, satu kumpulan militant yang pro-Iran telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Kumpulan terbabit turut mengaku telah melancarkan serangan terhadap tentera Amerika di Baghdad dan utara Iraq.

Erbil merupakan ibu negara kepada wilayah semi autonomi, Kurdistan di utara Iraq dan turut menempatkan beberapa kedudukan tentera Amerika.

Amerika Syarikat memutuskan untuk mengurangkan bilangan tentera Amerika Syarikat di Iraq daripada kira-kira 5,200 kepada 3,000 orang akhir tahun lepas dan seterusnya kepada hanya 2,500 sebelum Presiden Jo Biden angkat sumpah.

Alasan utama di sebalik pengurangan tentera Amerika Syarikat di Iraq adalah kerana pasukan keselamatan negara itu berkeupayaan untuk menangani apa-apa isu keselamatan di negara itu.

F-15 Eagle
Sebuah pesawat pejuang F-15 Eagle di salah sebuah pengkalan udara di Timur Tengah.

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...