Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Panglima Tentera Darat Pandu Uji “All Terrain Vehicle”

1,324

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri  Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Op BENTENG kepada Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat bertempat di Padang Motor Cross, Serikin, Sarawak hari ini.

Majlis tersebut melibatkan penyerahan aset bagi pelaksanaan Op BENTENG melibatkan All Terrain Vehicle (ATV), Trak 1 Tan GS Cargo dan Motosikal Scrambler 250cc.

Penerimaan aset baharu ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”.

Ia memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM) berada pada tahap terbaik untuk sebarang atur gerak operasi. Penerimaan aset-aset terbaharu ini adalah antara usaha TDM memperkasakan penugasan Op BENTENG bersama agensi-agensi keselamatan yang lain di Malaysia Timur.

Panglima ATV
Panglima Tentera Darat sedang menguji kenderaan ATV. (gambar ehsan Tentera Darat Malaysia)

Ketika bercakap kepada pemberita, PTD memaklumkan bahawa perancangan ini adalah sejajar dengan pelan Army4nextG TDM, iaitu mengimbangi kekuatan keanggotaan dan aset dua per tiga bagi Semenanjung Malaysia dan satu per tiga bagi Malaysia Timur.

Dengan perolehan aset baru ini, ia semestinya akan mampu untuk meningkatkan lagi tahap pelaksanaan operasi kawalan sempadan.

PTD turut berkesempatan memandu uji kenderaan ATV di kawasan berkenaan bersama dengan Panglima Medan Timur Tentera Darat.

Turut hadir adalah Pangllima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki bin Muhammad, Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo bin Abdullah serta penglibatan minimum Pegawai-pegawai Kanan TDM.

Maklumat dan gambar adalah kredit kepada page FB “Berita Tentera Darat Malaysia”.

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments are closed.