Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pasukan Keselamatan Turki Mula Terima Helikopter Penyerang “T-129 ATAK 2”

0 926

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI) telah mula menghantar dua buah helikopter penyerang T-129 ATAK 2 kepada tentera darat dan pasukan polis negara ini.

Helikopter ATAK 2 merupakan versi dinaiktaraf helicopter T-129 ATAK yang kini digunakan oleh pasukan keselamatan Turki.

ATAK 2 yang dipertingkatkan kemampuan dengan kelengkapan laser warning receiver dan peralatan peperangan elektronik seperti radar jammer dan lain -lain telah berjaya melakukan penerbangan pertamanya di kemudahan TAI pada November 2019.

Sejak kejayaan penerbangan pertamanya pada 2019, helicopter penyerang ATAK 2 telah melakukan pelbagai lagi ujian penerbangan dan qualification sehingga ia dihantar kepada pelanggan pertamanya iaitu tentera darat dan pasukan polis Turki. Pada ketika ini, pasukan keselamatan Turki menggunakan 53 buah helicopter penyerang T-129 ATAK.

T-129 ATAK 2
Helikopter T-129 ATAK 2

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 21 buah akan dinaiktaraf kepada versi ATAK 2.

Helikopter T-129 ATAK ini direkabentuk untuk melakukan dua tugas utama – close air support (cas) dan pelbagai guna.

Untuk misi-misi CAS, helicopter T-129A ATAK ini boleh membawa sehingga 76 roket berkaliber 70mm serta meriam 20mm dengan 500 butir peluru manakala bagi T-129B ATAK untuk misi pelbagai pula boleh membawa sehingga lapan peluru berpandu anti kereta kebal “UMTAS”.

T-129B ATAK juga boleh membawa 12 roket panduan laser CIRIT, dua peluru berpandu STINGERS dan meriam 20mm dengan 500 butir peluru.

T-129 ATAK 2
Helikopter T-129 ATAK 2

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...