Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] SU-57 Akan “Bunuh” F-35 Dengan Mudah, Dakwa Test Pilot Russia

0 788

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ini adalah satu persoalan sentiasa berlegar-legar pada pemikiran peminat-peminat ketenteraan — jika berlaku dogfight diantara Sukhoi Su-57 “Felon” dengan F-35 “Lightning”, aset udara manakah akan muncul sebagai pemenang?

Basically,  ia adalah persoalan tentang teknologi mana yang lebih bagus – Russia atau Amerika Syarikat.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOU TUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Bekas juruterbang ujian (test pilot) Russia, Magomed Tolboyev, dalam satu temuramah berkata, pesawat gen-5 Su-57 Russia berkemungkinan akan mendapat kelebihan awal sebelum memenangi pertembungan satu-lawan-satu dengan pesawat F-35 buatan Amerika Syarikat itu.

“Su-57 akan ‘membunuh’ F-35 dengan mudah jika mereka bertembung di antara satu sama lain. Pesawat F-35 tidak boleh “manuver’, ia tidak mampu berbuat demikian. Bagaimanapun pesawat kebanggaan Amerika itu mempunyai kekuatan di segi elektronik,” katanya kepada wartawan-wartawan media antarabangsa baru-baru ini.

SU-57

Sebab itu saya menentang jika kesemuanya bergantung kepada elektronik, kata test pilot Russia itu, yang menyifatkan pesawat kombat terkini Russia itu “amat menakjubkan” tetapi mengakui era untuk pertembungan satu sama satu atau “dogfight” sudah lama berlalu.

Pada masa ini katanya, tiada lagi pertembungan satu lawan satu kerana peperangan udara kini adalah bersepadu, di mana satu pihak bergantung kepada pihak lain seperti sistem peperangan elektronik dan lain-lain untuk mencapai kemenangan.

Magomed ini adalah seorang juruterbang high-profile dan sangat berpengalaman di Russia. Beliau juga pernah menjadi test pilot untuk kapal angkasa “Buran” dan penerima pingat “Hero of Russia.”

Peperangan udara kini adalah sangat kompleks dan kemenangan bergantung kepada keupayaan lain-lain elemen juga.

Ok, itu adalah pendapat yang disuarakan oleh Magomed, seorang test pilot Russia yang sudah semestinya condong kepada teknologi dan pesawat Russia itu sendiri.

Bagi mereka yang pro kepada pesawat F-35 II Lightning,  pesawat kebanggaan Amerika itu memiliki kelebihan daripada segi segi kemampuan radar dan sistem elektroniknya.

Pesawat Amerika itu mampu mengesan pesawat musuh lebih awal dan pada jarak yang lebih jauh memberikannya kelebihan yang padu.

Selain itu pesawat F-35 juga adalah halimunan, di mana disebabkan elemen itu menyebabkan pesawat Amerika itu tidak kelihatan pada radar musuh.

Pesawat musuh hanya tahu kehadiran F-35 apabila peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat Amerika “hinggap” di badan pesawat itu.

F-35

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...