Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Cubaan “Mengendap” Oleh Kapal Selam Amerika Dikesan Iran

556

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak semalam, tentera laut Iran mengadakan latihan termasuk perang olok-olok (war games) di bahagian utara Lautan Hindi melibatkan pelbagai aset tentera laut termasuk kapal selam buatan tempatan.

Dan seperti biasa, latihan tentera laut Iran yang dipanggil “Eqtedar” pada ketika ketegangan antaranya dengan Amerika Syarikat semakin memuncak telah menarik minat aset-aset tentera Uncle Sam yang kini berhimpun di rantau Timur Tengah.

Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Ohio, USS Georgia telah dikerah ke lokasi latihan tentera laut Iran di Lautan Hindi itu untuk mengumpul apa-apa maklumat yang berguna.

Pemerhati pertahanan di rantau itu menyifatkan misi USS Georgia itu tidak lebih sebagai suatu misi “snooping” (merisik atau mengendap) untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh aset-aset tentera laut Iran pada latihan itu.

Malangnya kehadiran kapal selam berkuasa nuklear tentera laut Amerika Syarikat itu berjaya dikesan oleh helikopter anti-kapal selam Iran yang bertindak mengekorinya (shadow), sebelum USS Georgia itu meninggalkan kawasan latihan selepas menyedari kehadirannya dikesan oleh tentera Iran itu.

Kejayaan helikopter tentera Iran mengesan kapal selam Amerika itu turut dirakam dan disiarkan oleh televisyen negara itu.

Latihan tentera laut Iran yang bermula semalam itu berlangsung di kawasan pesisir pantai Makran di selatan Iran sehingga di Lautan Hindi.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.