Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Houthi Bakal Disenarai Sebagai Kumpulan Pengganas Antarabangsa

0 888

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat merancang untuk menyenaraikan pergerakan Houthi di Yemen sebagai kumpulan pengganas antarabangsa, tindakan yang dikatakan bakal merumitkan lagi usaha mencari perdamaian di rantau Timur Tengah dan memburukkan lagi masalah kemanusiaan di negara itu.

Mengikut beberapa media antarabangsa, keputusan untuk menyenaraikan pergerakan itu yang disokong oleh Iran itu sebagai kumpulan pengganas mungkin datang seawal hari ini.

yaman

Tindakan itu berkemungkinan menjadi antara tindakan terakhir oleh Presiden Donald Trump sebelum beliau meninggalkan Rumah Putih pada 20 Januari ini dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada penggantinya, Jo Biden daripada parti Demokrat.

Kumpulan Houthi itu juga dikenali sebagai Ansar Allah dan ia menguasai kawasan utara Yaman, di mana sebarang usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada Yaman terpaksa melalui kawasan yang dikuasai oleh kumpulan terbabit. Houthi juga menguasai Lapangan Terbang Sanaa dan Pelabuhan Hodeidah.

yaman

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan Yaman merupakan negara yang paling teruk dilanda masalah kemanusiaan dengan 80 peratus daripada penduduk negara ini memerlukan bantuan kemanusiaan.

Organisasi kemanusiaan antarabangsa menganggarkan kira-kira dua juta penduduk Yaman berhadapan dengan kemungkinan kebuluran tahun ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...