Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Imigresen Gempur Genting Highland

858

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Bayi berusia 10 bulan antara 46 warga Indonesia ditahan di rumah kongsi Kampung Samawond, Genting Highlands kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi Jabatan Imigresen negeri Pahang hari ini.

Lokasi berkenaan antara kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Imigresen

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Pahang Muhammad Hatta Kassim berkata, 33 daripadanya ditahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, 11 daripadanya pula ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan dua lagi ditahan kerana menyalah guna pas. Beliau berkata, pihak Imigresen juga memanggil pemilik tanah untuk siasatan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana membenarkan warga asing berada dalam premis.

Imigresen

“Kawasan penempatan ini dijangka sudah ada dalam setahun. Kita sudah masuk ketika PKP pada bulan Mei tetapi waktu itu operasi masih digantung. Kita sudah buat operasi di semua kawasan di kawasan Genting ini, termasuk Ambercourt cuma di kawasan Samawond, kali pertama buat operasi, ” katanya,

Operasi tersebut dijayakan 47 pegawai dan anggota Imigresen dan dibantu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di laluan kampung berkenaan.

Katanya, seramai 138 warga asing berada di lebih 30 pintu rumah kongsi di kawasan itu. Kesemuanya menjalani ujian saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kesemuanya dilaporkan negatif.

Imigresen

Beliau tidak menolak kemungkinan sebahagian daripadanya melarikan diri dari rumah kongsi berkenaan. Mereka yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Bera, untuk direman selama 14 hari.

— sumber Harian Metro (gambar kredit Jabatan Imigresen Malaysia)

Comments are closed.