Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Terima Helikopter Sikorsky S-70i “Black Hawk”

0 826

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Negara jiran kita, Filipina telah pun menerima lima buah helikopter Sikorsky S-70i Black Hawk versi (Combat Utility Helicopter) semalam.

Ia adalah daripada sebahagian daripada 16 buah Black Hawk CUH yang dibeli oleh Filipina daripada Amerika Syarikat tahun lepas bernilai US$240 juta (RM996 juta)

Kelima-lima helicopter Black Hawk yang pertama daripada 16 yang dibeli itu tiba di Pengkalan Udara Clark, utara negara itu.

Black Hawk
Tiga buah helikopter Sikorsky S-70i daripada lima yang diterima Filipina semalam. (foto Kementerian Pertahanan Filipina)

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan Filipina: “helikopter Black Hawk itu akan meningkatkan lagi kemampuannya untuk melaksanakan pelbagai operasi termasuk misi-misi kombat, bantuan kemanusiaan dan menangani bencana.”

Ketibaan lima daripada 16 buah helicopter kombat itu menunjukkan pembangunan angkatan tentera Filipina tidak terjejas walaupun negara itu teruk dilanda oleh penyakit COVID-19.

Dua bulan lepas, Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan peningkatan sebanyak 11 peratus belanjawan pertahanan negara itu untuk menangani masalah keselamatan dan keganasan di negara itu sejak sekian lama.

Antonov
Pesawat pengangkut strategik Antonov AN-124 Ruslan. (foto kedutaan Poland di Filipina)

Kelima-lima helicopter Black Hawk yang dibuat oleh anak syarikat Lockheed Martin bernama “PZL Mielec” tiba di Pengkalan Udara Clark, Manila menaiki pesawat kargo Antonov AN-124 Ruslan, menurut akaun Facebook Kedutaaan Poland di Filipina.

PZL Mielec adalah anak syarikat Lockheed Martin yang berpengkalan di Poland.

Menurut kedutaan Poland di Filipina, sebuah lagi helikopter Black Hawk dijangka akan dihantar ke negara Asia Tenggara itu akhir tahun ini.

Kesemua penghantaran helikopter Black Hawk (10 buah lagi) dijangka akan selesai pada tahun depan.

Black Hawk
Helikopter Black Hawk versi Combat Utility Helicopter. (foto internet)

Tentera Udara Filipina yang akan menggunakan helikopter Black Hawk ini mentakrifkan helikopter itu sebagai “Combat Utility Helicopter” (CUH).

Filipina pada mulanya merancang untuk membeli 16 buah helikopter pengangkut sederhana Bell 412EPI tetapi  dibatalkan selepas kerajaan Kanada mengkritik rekod hak asasi manusia Filipina di bawah pentadbiran Duterte.

Pada Jun lepas, syarikat Sikorsky turut mengumumkan ia akan menawarkan untuk menjual enam buah helikopter Black Hawk versi bersenjata Sikorsky S-70i kepada tentera Filipina.

Black Hawk
Amerika Syarikat menawarkan helikopter Black Hawk versi bersenjata kepada Filipina. (foto internet)

Helikopter bersenjata Sikorsky S-70i boleh membawa sehingga 16 peluru berpandu Hellfire, roket 70mm dan mesingan, sama seperti yang dibawa oleh helikopter penyerang Apache AH-64D.

16 buah Sikorsky S-70i yang dibeli Filipina adalah versi CUH.

Selain helikopter bersenjata Sikorsky S-70i, Amerika Syarikat juga menawarkan kepada Filipina penjualan helikopter Boeing Apache AH-64D dan Bell AH-1Z Zulu di bawah program “Foreign Military Sales” (FMS).

Black Hawk
Helikoper Sikorsky S-70i versi bersenjata. (foto Lockheed Martin)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...