Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Rakaman Pembunuhan Saspek Pengedar Dadah Viral, 4 Polis Thailand Ditahan

Tiga lagi anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku pada 5 Ogos lepas di sebuah balai polis di Nakhon Sawan, utara Bangkok masih lagi diburu.

0 1,740

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu rakaman CCTV pembunuhan saspek pengedar dadah ketika di dalam tahanan polis di Thailand telah viral dalam media-media sosial di negara jiran itu, menyebabkan empat anggota polis ditahan.

Tiga lagi anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku pada 5 Ogos lepas di sebuah balai polis di Nakhon Sawan, utara Bangkok masih lagi diburu.

Menurut timbalan jurucakap polis Thailand Kolonel Kissana Phathanacharoen, antara yang diburu adalah seorang pegawai polis dikenali dengan gelaran “Jo Ferrari” kerana koleksi kereta-kereta mewah yang dimilikinya.

Dakwaan tentang rasuah dan kekejaman anggota polis adalah biasa di Thailand tetapi rakaman video menunjukkan anggota polis negara itu melemaskan saspek itu dengan menyerkup kepala mangsa dengan plastic telah menyebabkan kemarahan orang ramai.

Seorang peyelidik di Human Right Watch Thailand, Sunai Phasuk berkata,  kes penyeksaan dan pembunuhan saspek pengedar dadah itu adalah amat mengejutkan.

“Ini bukanlah kes yang pertama dan pastinya bukan kes yang terakhir. Polis mesti menjalankan siasatan dan memastikan semua yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Polis dikatakan memulakan siasatan kes berkenaan selepas video pembunuhan itu disiarkan oleh akaun Facebook seorang peguam,  Decha Kittiwittayanan.

Decha berkata, beliau menerima maklumat daripada seorang anggota polis bahawa polis telah menangkap dua saspek, terdiri daripada seorang lelaki berusia 24 tahun dan teman wanitanya beserta 100,000 pil Methaphetamine.

Anggota polis terbabit meminta 1 juta Baht (US$30,560) daripada saspek, di mana mereka bersetuju untuk membayarnya.

Bagaimanapun seorang pegawai kanan polis dikenali dengan nama Kolonel. Thitisan Uttanapol atau ” “Jo Ferrari” mahukan jumlah itu dinaikkan sekali ganda dan meminta anggotanya yang lain menyerkup kepala mangsa dengan beg plastik sehingga beliau bersetuju dengan jumlah yang dimintanya.

Thailand
Pegawai polis dikenali dengan gelaran “Jo Ferrari,” atau Kolonel. Thitisan Uttanapol .

 

Apabila saspek mati, Thitisan mengarahkan anggotanya membawa mayat saspek ke hospital dan menberitahu doctor bahawa mangsa mati kerana pengambilan dadah berlebihan.

Teman wanita mangsa juga dibebaskan tetapi diberikan amaran supaya tidak memberitahu sesiapa.

Anggota polis berkenaan turut memberi wang kepada bapa mangsa supaya tidak mendedahkan kematian anaknya.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...