The news is by your side.

(Video) Peluru Berpandu Armenia Musnahkan Bandar Ganja

0

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya selepas 24 jam bersetuju untuk gencatan senjata di wilayah bergolak Nagorno Karabakh, tentera Armenia menghujani bandar kedua terbesar Azerbaijan iaitu Ganja dengan serangan peluru berpandu taktikal, artileri dan roket.

Gencatan senjata yang diusahakan oleh Russia itu sepatutnya digunakan oleh kedua-dua pihak bertukar-tukar tahanan perang dan mayat anggota tentera mereka yang terbunuh, tetapi lain pula yang berlaku.

Kedua-dua pihak menyalahkan satu sama lain berkenaan siapa yang bertanggungjawab melanggar gencatan senjata itu.

Ganja
Kemusnahan bangunan awam di bandar kedua terbesar Azerbaijan, Ganja. (sumber Twitter)

Rakaman serangan roket Armenia terhadap bandar Ganja. (sumber Twitter)

Armenia menuduh Azerbaijan melancarkan serangan terhadap bandar Stepanakert di Nagorno Karabakh sejurus selepas gencatan senjata itu, manakala Azerbaijan pula mendakwa Yerevan menyerang bandar kedua terbesar musuh ketatnya itu.

Walauapapun, kemusnahan yang dialami oleh bandar Ganja itu amatlah teruk berikutan serangan daripada Armenia.

Tentera Armenia dipercayai menggunakan peluru-peluru berpandu taktikal seperti Scud dan Tochka-U, selain sistem roket MLRS kaliber besar seperti BM-30 “Smerch” ketika menyerang bandar Ganja yang juga bandar penting bagi industri minyak dan gas Azerbaijan.

Mereka juga menggunakan bedilan meriam yang mensasarkan bandar Ganja.

Rakaman video pelancaran peluru berpandu “Scud” oleh tentera Armenia terhadap bandar Ganja. (sumber Twitter)

Setakat ini sembilan orang penduduk bandar Ganja terbunuh dalam serangan itu, manakala puluhan yang lain termasuk kanak-kanak cedera.

Jurucakap presiden Azerbaijan, Hikmet Hajiev berkata tentera Armenia turut menyerang kawasan penduduk dan empangan di bandar Mingachevir dengan peluru berpandu dan roket, menyebabkan kemusnahan awam.

Sistem pertahanan udara Azerbaijan mendakwa mereka berjaya memusnahkan beberapa peluru berpandu Armenia yang mensasarkan empangan Mingachevir.

Stepanakert
Gambar A
Stepanakert
Gambar B
Stepanakert
Ketiga-tiga gambar A, B dan diatas merupakan contoh kemusnahan yang dialami oleh bandar Stepanakert di Nagorno Karabakh akibat serangan tentera Azerbaijan. (sumber Twitter)

Sejak bermulanya perang di Nagorno Karabakh, Azerbaijan mendakwa serangan Armenia telah membunuh 40 orang penduduk awam manakala ratusan orang awam lain cedera.

Baku turut mendakwa puluhan penduduk awamnya terbunuh akibat serangan Armenia.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.