Sistem Meriam Bergerak “Yavuz” 155mm Intai Peluang Di Malaysia

MKE yang membangunkan sistem meriam bergerak "Yavuz" 155mm merupakan syarikat milik penuh kerajaan Turki dimana 100 peratus pemegang sahamnya adalah Kementerian Pertahanan Turki manakala pengerusinya adalah Timbalan Menteri Pertahanan Turki.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Ogos tahun lepas,  sebuah syarikat tempatan MA Analytics Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan gergasi industri pertahanan Turki, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE) serta dua syarikat negara Mediterranean itu yang lain.

MKE merupakan syarikat milik penuh kerajaan Turki dimana 100 peratus pemegang sahamnya adalah Kementerian Pertahanan Turki manakala pengerusinya adalah Timbalan Menteri Pertahanan Turki.

MKE turut memegang 50 peratus saham di dalam syarikat Roketsan, yang banyak menghasilkan sistem peluru berpandu dan roket untuk tentera Turki dan tentera negara lain.

Bercakap kepada Defence Security Asia, Ketua Pegawai Eksekutif MA Analytics Rasyad Anwar berkata MoU yang ditandatangani dengan MKE dan dua syarikat Turki lain pada Ogos tahun lepas itu bertujuan meningkatkan keupayaan industri pertahanan negara terutamanya melibatkan sistem artileri dan lain-lain.

“Menerusi usahasama ini juga, MKE dan MA Analytics berhasrat memperkenalkan sistem Yavuz SPH kepada Tentera Darat Malaysia. Yavuz 155mm SPH merupakan antara sistem artileri terkini yang canggih dan moden,” katanya.

Menurut Rasyad lagi, sistem Yavuz SPH ini turut mempunyai keupayaan tembakan Multiple Round Simultaneous Impact (MRSI).

Keupayaan MRSI ini penting bagi mengelirukan pihak musuh di mana tiga hingga enam tembakan dapat dihasilkan daripada pelbagai sudut dongakan dalam masa 60 saat.

Sistem Yavuz SPH ini juga mempunyai kadar mobiliti yang tinggi di mana ia telah dihasilkan di atas platform kenderaan 6×6 MAN dari Jerman yang mampu membawa muatan sehingga 32 tan.

Sistem artileri bergerak ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik dan sistem kawalan penembakan daripada Aselsan.

Sistem kawalan penembakan Yavuz mampu diintegrasikan bersama sistem pesawat tanpa pemandu yang berfungsi untuk mendapatkan koordinat sasaran dengan lebih tepat dan pantas disamping membuat “battle damage assessment”.

Doktrin peperangan ini telah digunakan oleh pelbagai negara iaitu daripada Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan Rusia.

MKE menurutnya merupakan salah satu “gergasi” pertahanan negara Turki.

“Ditubuhkan pada tahun 1453 masihi, MKE telah diamanahkan untuk membekalkan senjata, peluru dan meriam kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dan fungsi itu terus kekal sehingga ke hari ini dimana MKE masih kekal sebagai pembekal utama kepada Angkatan Tentera Turki.

“Kini, MKE mempunyai 11 kilang senjata berat yang menghasilkan lebih 400 produk seperti senjata ringan dan berat, peluru, roket, bahan letupan dan lain-lain yang turut dieksport ke lebih 50 negara,” kata beliau.

 

Menurut Rasyad, bagi kategori senjata berat, MKE menghasilkan pelbagai senjata berat termasuk sistem senjata 120mm bagi kereta kebal Altay, Boran 105mm towed howitzer, Panter 155mm towed howitzer (Panter), Firtina 155mm track Self Propelled Howitzer (Firtina SPH) dan Yavuz 155mm wheel Self Propelled Howitzer (Yavuz SPH).

Nama MKE kata beliau sememangnya tidak asing di dalam sistem persenjataan terutamanya membabitkan meriam-meriam howitzer.

Pada tahun 1994, MKE telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama ST Kinetics dari Singapura dan telah menghasilkan Panter manakala Singapura turut menghasilkan versinya yang tersendiri iaitu FH-2000 155mm 52 calibre towed howitzer.

 

Manakala pada tahun 2007, Firtina telah dihasilkan sendiri oleh MKE menerusi R&D dan program offset pembelian K9 Thunder 155 mm SPH yang dibangunkan oleh Samsung Techwin (kini dikenali sebgai Hanhwa Techwin) dari Korea Selatan.

Beberapa penambaikan dilakukan pada Firtina terutamanya pada reka bentuk turret, sistem navigasi, sistem kawalan penembakan (FCS) dan radio yang dihasilkan 100% teknologi Turki.

Sebanyak lebih 350 unit Firtina telah dihasilkan sehingga hari ini.

Pengurusan kanan syarikat MA Analystics dengan pengurusan kanan MKE.

 

Manakala penghasilan Yavuz SPH bermula menerusi permintaan Savunma Sanayii Başkanlığı (SSB), atau Presidensi Industri Pertahanan Turki untuk meningkatkan kadar mobiliti Tentera Turki.

Pada tahun 2014, MKE telah melakukan R&D dengan mengintegrasikan sistem Panter sedi ada ke atas trak 6×6, 10 tan.

Sistem Yavuz SPH telah dilancarkan buat pertama kalinya semasa International Defence Industry Fair (IDEF) di Turki pada tahun 2017.

Tentera Darat dijangka akan membuka tender untuk mendapatkan sejumlah sistem artileri beroda.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Tentera Darat mempunyai keperluan sehingga 36 buah sistem meriam bergerak beroda untuk memenuhi keperluan Tentera Darat.

Tentera Darat dijangka membuat perolehan sistem meriam bergerak ini pada Rancangan Malaysia Ke-12 ini. — DSA

 

featuredMA AnalyticsMKETurkiYavuz
Comments (0)
Add Comment