[VIDEO] Turki Mula Terima Dron Paling Canggihnya “Akinci”

“Akinci”, di mana rekabentuk, software, avionics dan mechanics kesemuanya dimiliki oleh syarikat, Baykar adalah lebih canggih dan moden berbanding “Bayraktar TB2” yang telah pun dijual kepada beberapa buah negara seperti Ukraine, Qatar, Azerbaijan dan Poland.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Turki hari ini menerima pesawat kombat tanpa pemandu (UCAV) paling canggihnya, dipanggil “Akinci” bagi menambah lagi barisan dron-dron “berbisa” yang dimilikinya setakat ini seperti “Bayraktar TB2” dan “Anka”.

Sama seperti “Bayraktar TB2”, dron terbaru Turki itu turut dibina oleh syarikat pembuat dron negara itu, Baykar.

Dalam satu majlis hari ini, “Akinci” yang pertama telah diserahkan kepada kerajaan Turki yang telah disaksikan oleh presiden negara itu, Recep Tayyep Erdogan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negara itu yang lain.

“Akinci telah meletakkan Turki sebagai tiga buah negara yang memiliki teknologi paling canggih di dalam bidang dron,” kata Erdogan pada majlis itu.

“Akinci”, di mana rekabentuk, software, avionics dan mechanics kesemuanya dimiliki oleh syarikat, Baykar adalah lebih canggih dan moden berbanding “Bayraktar TB2” yang telah pun dijual kepada beberapa buah negara seperti Ukraine, Qatar, Azerbaijan dan Poland.

Pada Mei lepas, Poland menjadi negara Kesatuan Eropah dan NATO yang pertama memperolehi dron daripada Turki.

Admin pun berharap Malaysia boleh mempertimbangkan dron-dron daripada Turki untuk angkatan tentera kita, sama ada “Anka”, “Bayraktar TB2” atau “Akinci” (untuk masa depan).

Menurut Erdogan sebagaimana dipetik oleh portal berita “Daily Sabah,” banyak lagi negara luar yang berminat untuk mendapatkan dron-dron buatan Turki, menjadikan negara itu sebagai pemain utama di dalam industri penghasilan dron-dron untuk angkatan tentera.

Dron-dron seperti “Anka” dan “Bayraktar TB2” juga beraksi di konflik-konflik luar negara seperti di Syria, Nagorno-Karabakh serta Libya dan mereka telah menunjukkan prestasi yang amat baik, sekaligus meningkatkan imej industry pertahanan Turki.

Berbanding dengan “Bayraktar TB2”, dron terbaru tentera Turki ini, “Akinci” adalah lebih besar dengan panjang sayapnya sahaja adalah kira-kira 20 meter.

Ia boleh dilengkapi dengan enjin 450 kuasa kuda atau 750 kuasa kuda.

“Akinci” direkabentuk untuk membawa pelbagai senjata termasuk Smart Micro Munitions (MAM-L) yang dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN.

Selain itu, dron terbaru Turki juga mampu melancarkan beberapa sistem persenjataan yang lain seperti peluru berpandu kruis, Stand-Off Missile (SOM), juga dibina oleh ROKETSAN yang boleh membedil sasaran sejauh 240km.

Ia juga akan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) buatan tempatan serta and peluru berpandu udara-ke-udara Gökdoğan (Merlin) dan Bozdoğan (Peregrine).

Dalam ujian penerbangan yang dijalankan pada Julai lepas, “Akinci” berjaya mencipta rekod penerbangan kebangsaan Turki apabila ia berjaya terbang selama 25 jam dan 45 minit meliputi jarak sejauh 7,507km.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

AkinciErdoganTurkiUCAVVideo
Comments (0)
Add Comment
  • hiacc

    terima kasih informasi berguna