(DEFENCE SECURITY ASIA) – Imej pertama pesawat halimunan satu enjin generasi kelima yang sedang dibangunkan oleh Russia muncul hanya beberapa hari sebelum pesawat ia didedahkan secara rasmi pada MAKS 2021 Aviation Expo 20 Julai ini.
Pesawat halimunan satu enjin yang dibangunkan oleh United Aircraft Corporation (UAC)/Sukhoi Design Bureau, itu akan bersaing secara head-on dengan satu lagi pesawat halimunan satu enjin gen-5 iaitu F-35 Lightning buatan syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat.
Beberapa imej yang tersebar di media sosial menunjukkan “pesawat halimunan satu enjin” keluaran terbaru Russia masih “berselimut” di tarmac lapangan terbang menunggu detik-detik kemunculan secara rasminya pada 20 Julai ini.
Bagaimanapun dilihat daripada rekabentuknya walaupun masih berselimut menunjukkan ia tidak lari jauh daripada rekabentuk pesawat halimunan dua enjin gen-5 Russia iaitu Su-57.
Rostec Corporation/UAC Corporation telah pun mengeluarkan video teaser mengenai pesawat terbaru Russia ini.
Menurut laporan media sebelum ini, pesawat halimunan satu enjin terbaru Russia itu akan memiliki radar signature yang rendah, super-maneuverability dan kemampuan thrust-vectoring.
Selain itu terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa pesawat terbaru Russia yang akan didedahkan pada MAKS 2021 ini berkemungkinan datang dalam versi mempunyai pemandu atau tidak mempunyai pemandu (manned or unmanned).
Kelajuan pesawat baru satu enjin Russia ini adalah lebih Mach 2 dan akan menggunakan enjin yang sama sebagaimana digunakan oleh pesawat dua enjin Su-57 iaitu “Izdeliye 30 afterburning turbofan engine.”
Pesawat terbaru ini sudah semestinya akan membantu tugas-tugas Su-57 yang lebih besar dan lebi berat itu.
Russia mungkin mensasarkan negara-negara yang tidak mampu untuk membeli F-35 Lightning sebagai pelanggan berpotensi untuk pesawat satu enjin gen-5 terbarunya kerana ia mendakwa harganya adalah jauh lebih murah daripada saingan Amerika Syarikatnya.
Menurut Forbes, harga sebijik F-35 adalah kira-kira US$100 juta (RM420 juta) tidak termasuk peralatan, sistem dan komponen lain.
Dari segi harga mungkin akan menarik perhatian,tetapi bagaimana pula kemampuannya.
Bagi negara-negara yang berminat untuk mendapatkan pesawat halimunan satu enjin gen-5 Russia pula juga memikirkan soal CAATSA Amerika Syarikat.
Apa-apa kita tunggu 20 Julai ini apabila pesawat kombat terbaru Russia itu membuat kemunculan secara rasminya…..