[VIDEO) Mesti Tonton!! Pesawat Pejuang Rafale VS Bugatti Chiron Pur Sport

Perlumbaan itu dikatakan berlaku di ibu pejabat syarikat Dassault Aviation, syarikat yang membangunkan pesawat pejuang generasi 4.5 itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu video yang dikeluarkan baru-baru ini, kereta “Bugatti Chiron Pur Sport” yang merupakan salah satu kereta termahal di dunia dilihat berlumba dengan jet pejuang buatan Perancis, Rafale.

Perlumbaan itu dikatakan berlaku di ibu pejabat syarikat Dassault Aviation, syarikat yang membangunkan pesawat pejuang generasi 4.5 itu.

Pesawat pejuang canggih itu digunakan oleh Perancis, India, Qatar, Mesir, Greece dan kemungkinan besar, Indonesia.

Bugatti Chiron Pur Sport memiliki enjin  8.0-liter W16 engine dengan kapasiti 1,500 hp serta 1,600 Nm torque manakala pesawat pejuang Rafale itu pula memiliki dua enjin yang berkemampuan melancarkan pelbagai jenis persenjataan.

Pesawat pejuang kebanggaan Perancis itu dijana oleh dua enjin turbojet Snecma 88 turbojet, dengan setiap satu berkemampuan menjana sekitar 58,550 newtons thrust bersamaan 5,727 kuasa kuda.

 

Dikatakan hanya 60 buah kereta Bugatti Chiron Pur Sport dibina di dunia ini, menjadikannya salah sebuah kereta paling mahal di dunia.

Kereta ini menurut beberapa maklumat mampu pergi selaju 490km sejam tetapi ia masih tidak cukup untuk menandingi pesawat pejuang supersonic Rafale, 1.8 Mach.

Dalam perlumbaan itu, kereta Bugatti itu mencapai kelajuan 0-100 kmph dalam 2.4 saat dan mencecah 200 kmph dalam 6.1 saat dan seterusnya ke 300 kmph dalam 13 saat dan ke 400 kmph dalam hanya tempoh setengah minit.

“Saya bergerak daripada pesawat Rafale dalam jarak beberapa ratus meter tetapi dalam beberapa ratus meter lagi pesawat pejuang itu sudah berada kira-kira 20 meter di atas saya. Permandangan yang amat menakjubkan,” kata pemandu kereta Bugatti Chiron Pur Sport itu, Pierre-Henri Raphanel kepada media selepas itu,

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Bugatti Chiron Pur SportDassault AviationPerancisRafale
Comments (0)
Add Comment