[VIDEO] Britain Akan Tempatkan Dua Kapal Perang Secara Tetap Di Perairan Asia

Penempatan secara tetap dua buah kapal perang British di Asia bakal menghangatkan lagi perseteruannya dan Amerika Syarikat dengan China yang mendakwa 90 peratus daripada Laut China Selatan itu adalah miliknya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Britain akan menempatkan dua buah kapal perangnya di perairan benua Asia secara tetap selepas kapal pengangkut pesawat negara itu, HMS Queen Elizabeth belayar ke Jepun September ini.

Penempatan secara tetap dua buah kapal perang British di Asia bakal menghangatkan lagi perseteruannya dan Amerika Syarikat dengan China yang mendakwa 90 peratus daripada Laut China Selatan itu adalah miliknya.

Selain kapal perang, Britain juga akan menempatkan unit anggota tentera Marine dipanggil “Littoral Response Group” di Asia yang akan akan terlibat dalam operasi-operasi anti-terrorisme antara lainnya.

Tindakan China mahu memiliknegara 90 peratus daripada perairan di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli seperti minyak dan gas serta sumber perikanan selain menjadi laluan perdagangan penting dunia telah menimbulkan ketegangan antaranya dengan Amerika Syarikat.

Malaysia juga tidak terkecuali dengan kapal-kapal pengawal pantai China sering menceroboh perairan negara terutamanya di sekitar Beting Patinggi Ali.

 

“Bertitik-tolak daripada kerahan kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth ke Indo-Pasifik September ini, United Kingdom akan menempatkan dua buah kapal perangnya secara tetap di perairan di Asia pada akhir tahun ini,” kata Menteri Pertahanan Britain Ben Wallace ketika menemui rakan sejawatannya daripada Jepun, Nabuo Kishi.

Menurut jurucakap kedutaan British di Tokyo, kedua-dua kapal perangnya yang akan ditempatkan di perairan di Asia itu tidak akan mempunyai pangkalan yang tetap, bermakna ia boleh berlabuh di mana pangkalan laut milik negara-negara rakan termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Jepun dan lain-lain.

Pada ketika ini, ia masih tidak mengumumkan nama-nama kapal perang British yang akan ditempatkan secara tetap di perairan di Asia itu.

Pada ketika ini, HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya yang terdiri daripada dua buah kapal destroyer, dua buah friget, dua buah kapal bantuan serta kapal-kapal perang daripada Amerika Syarikat dan Belanda telah pun berada di Lautan Hindi.

Rombongan HMS Queen Elizabeth itu akan singgah di India dan Singapura sebelum belayar di Laut China Selatan dan meneruskan pelayaran ke Korea Selatan dan Jepun.

Ia adalah sesuatu yang amat menarik untuk dilihat reaksi pihak tentera China terutama kapal-kapal perangnya apabila HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal pengiringnya memasuki Laut China Selatan dan “mencabar dakwaan China bahawa ia adalah pemilik perairan strategic itu.”

 

DEFENCE SECURITY ASIA

BritainHMS Queen ElizabethLaut China Selatan
Comments (0)
Add Comment