(Video) UAV Bayraktar TB2 Buat Tentera Armenia Gerun

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan Azerbaijan telah mengeluarkan lebih banyak video yang memaparkan keberkesanan Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) “Bayraktar TB2” buatan Turki dalam memusnahkan aset-aset miliki tentera Armenia di wilayah bergolak, Nagorno Karabakh.

Tentera Azerbaijan menggunakan kombinasi sistem UAV daripada Turki dan Israel (termasuk sistem UAV dipanggil loitering drone atau “Kamikaze Drone.”)

Mari kita lihat beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh UAV Bayraktar TB2 buatan syarikat Baykar Makina yang dimiliki oleh Selchuk Bayraktar, menantu Presiden Turki Reccep Tayyep Erdogan sepanjang konflik di antara Azerbaijan dan Armenia tentang isu Nagorno Karabakh.

UAV Bayraktar TB juga digunakan dengan jayanya oleh tentera Turki di Syria dan Libya.

Video di atas menunjukkan UAV Bayraktar TB2 memusnahkan sistem pertahanan udara “OSA” atau “SA-8 Gecko” serta sebuah kereta kebal T-72 milik Tentera Armenia.

Video diatas pula menunjukkan bagaimana UAV Bayraktar TB2 mensasarkan sistem artilleri milik Tentera Armenia yang terdiri daripada meriam D-30.

Video diatas menunjukkan bagaimana peluru berpandu yang dilancarkan oleh UAV Bayraktar TB2 mengenai sebuah trak yang membawa anggota tentera Armenia di Nagorno Karabakh.

Video diatas menunjukkan serangan oleh UAV Bayraktar TB terhadap sebuah trak tentera, pos kawalan dan pemerintahan dan empat buah pelancar roket BM-21 milik Tentera Armenia di Nagorno Karabakh.

Peta wilayah Nagorno Karabakh yang menjadi rebutan antara Armenia dan Azerbaijan.

Pertempuran selama lima hari diantara tentera Azerbaijan dan Armenia di Nagorno Karabakh telah mengorbankan ratusan orang di kedua-dua belah pihak.

Nagorno Karabakh merupakan sebuah wilayah yang terletak di dalam Azerbaijan, tetapi majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Armenia.

Penduduk Armenia di wilayah yang bergunung-ganang itu telah mengisytiharkan kemerdekaan Nagorno itu pada 1991 dan memanggilnya “Artsakh” dengan Stepanakert sebagai ibu negaranya.

Bagaimanapun tiada negara di dunia mengiktiraf kemerdekaan Artsakh itu.

Kali terakhir kedua-dua negara berperang kerana berebutkan Nagorno Karabakh adalah pada 2016, tetapi para pemerhati berkata, konflik di antara Azerbaijan dan Armenia kali ini adalah lebih buruk berbanding empat tahun lepas.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Baykar MakinaBayraktar TB2Nagorno KarabakhTurki