[VIDEO] 40,000 Pound Bahan Letupan Diletupkan Untuk Uji Ketahanan USS Gerald R.Ford

Dibina dengan kos US$13 bilion (RM53.3 bilion), kapal pengangkut pesawat itu telah menjalani dua FSTT sebelum ini di mana bahan letupan dengan berat yang sama diletupkan berhampirannya untuk menguji ketahanannya.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat terbaru Amerika Syarikat, USS Gerald R. Ford (CVN78) telah selesai menjalani ujian ketiga “Full Ship Shock Trials” (FSTT), yang menyaksikan bahan letupan seberat 40,000 pound diletupkan berhampiran dengan kapal seberat 100,000 tan.

Dibina dengan kos US$13 bilion (RM53.3 bilion), kapal pengangkut pesawat itu telah menjalani dua FSTT sebelum ini di mana bahan letupan dengan berat yang sama diletupkan berhampirannya untuk menguji ketahanannya.

Letupan itu menghasilkan gegaran 3.9 skala Richter.

Ujian FSTT yang ketiga itu dilakukan di luar pantai Florida.

“Kami merekabentuk dan membina kapal pengangkut pesawat ini untuk belayar di kawasan perairan yang paling berbahaya di dunia,” menurut ketua program kapal pengangkut pesawat itu, Rear Admiral James.P Downey dalam satu kenyataan.

Selepas ujian FSTT terbaru itu, kapal akan dibawa ke limbungan bagi membolehkan pihak tentera laut memeriksa apa-apa yang rosak dan memperbaikinya sebelum kapal itu dibenarkan untuk beroperasi.

Kapal USS Gerald R.Ford akan menjalani kerja-kerja pembaikan selama enam bulan.

Dalam tempoh 3 bulan, kapal USS Gerald R. Ford telah menjalani tiga kali ujian FSTT sebagaimana diperlukan oleh pihak Tentera Laut Amerika Syarikat sebelum ia memasuki perkhidmatan secara rasmi.

Kapal pengangkut pesawat pertama kelas-Gerald R.Ford dijangka memulakan pelayaran sulungnya ke kawasan operasi pada akhir tahun depan.

Selain USS Gerald R.Ford (CVN78), tentera laut Amerika Syarikat juga sedang membina tiga lagi buah kapal pengangkut pesawat kelas-Gerald R.Ford.

Kapal pengangkut pesawat kedua kelas- Gerald R Ford iaitu John F.Kennedy (CVN79), Enterprise (CVN80) dan Dorris Miller (CVN81) sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatUSS Gerald R.Ford
Comments (0)
Add Comment