KAI Taruh Keyakinan Tinggi Malaysia Akan Buat Perolehan Tambahan 18 Unit FA-50M Lagi
Korea Aerospace Industries (KAI) menaruh keyakinan yang tinggi bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membuat pilihan untuk memperoleh 18 lagi pesawat pejuang ringan FA-50M, menjadikan keseluruhan pesawat terbabit yang akan dimiliki oleh pasukan itu berjumlah 36 unit.