Pesawat Pejuang Tentera Udara India Berlatih Berlepas dan Mendarat Guna Landasan Lebuhraya
Pesawat-pesawat pejuang milik Tentera Udara India (IAF) termasuk Rafale, Su-30MKI dan MiG-29 melakukan latihan perlepasan dan pendaratan menggunakan lebuhraya, menonjolkan lagi kemampuan pesawat-pesawat pejuang negara itu untuk terus beroperasi sekiranya landasan di pengkalan udaranya musnah akibat serangan pihak musuh.