Turkiye Peroleh 12 Buah Pesawat Pengangkut Terpakai C-130J Milik RAF

Tentera Udara Turkiye akan memperolehi kesemua pesawat pengangkut taktikal terpakai milik RAF itu pada harga US$740 juta (RM3.3 billion).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turkiye dilaporkan bakal membeli 12 buah pesawat pengangkut C-130J terpakai milik Royal Air Force (RAF) yang berada dalam simpanan sejak dibersarakan pada tahun lepas bagi meningkatkan lagi kemampuan pengangkutan taktikalnya.
Tentera Udara Turkiye akan memperolehi kesemua pesawat pengangkut taktikal terpakai milik RAF itu pada harga US$740 juta (RM3.3 billion).
Pesawat pengangkut C-130J milik RAF itu ditamatkan perkhidmatan pada Jun 2023 selepas 24 tahun berkhidmat.
Sejak dibersarakan daripada perkhidmatannya, pesawat-pesawat pengangkut itu telah disimpan di Lapangan Terbang Cambridge di tenggara England dengan Marshall Aerospace, kontraktor bagi kerja-kerja penyelenggaraan pesawat pengangkut C-130.
Pesawat pegangkut C-130J-30 merupakan varian pesawat pengangkut C-130 yang dipanjangkan fiuselaj dan diberikan nama C.Mk4 oleh RAF.
Pesawat pengangkut C-130J -30 itu memberikan kemampuan pengangkutan kepada RAF dan fleksibiliti berikutan kemampuan pengisian minyak di udaranya.

Ringkasan:

Turkiye dilaporkan akan membeli 12 pesawat pengangkut terpakai C-130J milik Royal Air Force (RAF) yang telah bersara sejak Jun 2023. Pembelian ini bernilai AS$740 juta (RM3.3 bilion) bertujuan meningkatkan kemampuan pengangkutan taktikal Tentera Udara Turkiye (Turk Havva Kuvvetleri).

Pesawat ini, yang disimpan di Lapangan Terbang Cambridge oleh Marshall Aerospace, merupakan varian C-130J-30 dengan fuselage dipanjangkan dan dikenali sebagai C.Mk4 dalam RAF. Pesawat ini terkenal dengan keupayaan pengisian minyak di udara serta prestasi dan sistem pertahanan yang cemerlang, menjadikannya sesuai untuk operasi di kawasan berisiko tinggi.

Keputusan Turkiye dianggap logik kerana negara itu sudah mengoperasikan model C-130B dan C-130E, selain C-17 dan CN-235. Oleh itu, tiada cabaran besar dijangka dalam aspek penyelenggaraan dan logistik. Sebagai langkah penjimatan, UK sebelum ini menggantikan C-130J dengan Airbus A400M bagi operasi pengangkutan taktikal RAF.

Memperolehi pesawat-pesawat pengangkut C-130J terpakai milik RAF itu merupakan langkah yang lojik kepada Tentera Udara Turkiye (Turk Havva Kuyvetleri) yang mengoperasikan model C-130B dan C-130E pada ketika ini.
Turkiye turut menggunakan pesawat pengangkut C-17 dan CN-235 dalam skuadron pesawat pengangkutnya.
Memandangkan Tentera Udara Turkiye sudah biasa dengan pesawat pengangkut C-130, maka ia tidak akan berhadapan dengan masalah penyelenggaraan dan lojistik berikutan dengan keputusannya untuk memperolehi pesawat pengangkut terpakai C-130 terpakai milik RAF itu.
Pesawat pengangkut C-130 merupakan tulang belakang kepada keupayaan pengangkutan taktikal RAF sejak varian C.Mk4 dan C.Mk5 daripada C-130J serta C-130J-30 menyertai perkhidmatan RAF pada 1999.
Ia sering digunakan oleh RAF ketika ia melaksanakan misi atau operasi-operasi di negara atau wilayah bergolak yang mendatangkan ancaman terhadapnya.
Ini adalah kerana prestasinya, taktik dan sistem pertahanannya sehingga membolehkan ia amat berkesan untuk tugas-tugas itu.
Pegawai-pegawai pertahanan di United Kingdom mengumumkan pada 2021 bahawa ia akan menamatkan perkhidmayan 15 buah pesawat pengangkut C-130J pada 2023 sebagai langkah berjimat-cermat,dengan operasi pengangkutan taktikal RAF kini dipikul oleh pesawat pengangkut Airbus A400M. — DSA
C-130JfeaturedRAFTurkiye
Comments (0)
Add Comment