(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dibawah program pembinaan kapal-kapal tentera laut Turkiye dikenali sebagai “MILGEM”, tentera laut negara Mediterranean itu bakal membina tiga buah lagi kapal friget serbaguna kelas-Istanbul secara serentak di bawah fasa kedua program itu.
Kapal friget pertama kelas-Istanbul dinamakan TCG Istanbul telah pun dilancarkan pada 2021 dan dijangka ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Turkiye pada tahun ini.
Menurut Ismail Demir yang mengetuai agensi perolehan pertahanan Turkiye (SSB – Presidency of Defense Industries), beberapa limbungan perkapalan tempatan akan membina ketiga-tiga kapal friget kelas-Istanbul itu.
Ketiga-tiga kapal friget itu akan disiapkan di dalam tempoh 36 bulan, katanya.
Limbungan-limbungan kapal tempatan yang akan terlibat itu adalah Anadolu, Sedef dan Sefine, kata beliau dan menambah, keseluruhannya sebanyak 200 buah syarikat Turkiye akan terlibat dalam pembinaan tiga buah kapal friget itu.
Menurut Ismail lagi, kira-kira 80 peratus daripada komponen dan bahan pembuatan ketiga-tiga buah kapal friget kelas-Anadolu itu dibekalkan oleh syarikat tempatan, berbanding 75 peratus pada kapal friget yang pertama TCG Istanbul.
Keempat-empat kapal friget kelas-Istanbul dibawah program MILGEM itu direkabentuk untuk melaksanakan pelbagai misi dan operasi termasuk pemantauan, penjejakan dan identifikasi sasaran, pertahanan pangkalan, anti-kapal selam, anti-pesawat, anti-permukaan, operasi amfibia dan misi rondaan.
Kapal friget pertama daripada kelas-Istanbul “TCG Istanbul” telah dibina oleh limbungan kapal Istanbul Shipyard Command dibawah kontraktor utama,STM.
STM juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab membina empat buah kapal korvet kelas-Ada di bawah program MILGEM untuk Tentera Laut Turkiye.
Rekabentuk kapal korvet kelas-Ada juga dicadang kepada Tentera Laut Diraja Malaysia untuk program pembinaan tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II.
Menurut Ismail lagi, antara ciri-ciri kapal friget terbaru Tentera Laut Turkiye itu adalah Close-In Weapon System (CIWS) “Gokdeniz”, radar pemantauan 3D CENK, radar kawalan penembakan AKREP serta sistem peluru berpandu Midlas dan Hisar-D.
Kapal-kapal friget itu boleh dilengkapkan sama ada dengan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” atau peluru berpandu buatan tempatan, “Atmaca.”
Antara subsistem-subsistem yang lain pada kapal-kapal friget kelas-Istanbul termasuklah sistem kawalan penembakan TAKS untuk meriam 76mm, sistem echo sounder Kulac, dua sistem gyro ANS-510, WECDIS cruise control and monitoring system, Link 11 data terminal set,76mm gun integration,12.7mm STAMP weapon.
Kapal friget kelas-Istanbul ini berkemampuan membawa 123 krew kapal dan dua buah helikopter Seahawk.
Dibawah program MILGEM itu, Tentera Laut Turkiye telah membina empat buah kapal korvet kelas-Ada iaitu TCG Heybeliada yang telah memasuki perkhidmatan tentera laut negara Mediterranean itu pada 2011, TCG Buyukada pada 2013,TCG Burgazada pada 2018 dan TCG Kinaliada pada 2019.
Memiliki berat keseluruhan mencecah 3,000 tan, kapal friget kelas-Istanbul itu memiliki panjang 113 meter dengan kelajuan melebihi 29 knot.
Dengan cruising speed sebanyak 14 knot, kapal friget buatan tempatan Turkiye itu mampu belayar sejauh 5,700 batu nautika. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com