TUDM Tayang Pelbagai Jenis Bom, Peluru Berpandu Dimilikinya

Tiga buah kenderaan prime mover telah digunakan oleh TUDM untuk membawa aset-aset persenjataan bagi dipertontonkan kepada ribuan orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara selepas dua tahun tiada sambutan kemerdekaan diadakan kerana pandemik COVID-19.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) turut mempamerkan aset-aset persenjataan yang dimiliki oleh angkatan itu pada perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Merdeka hari ini.

Tiga buah kenderaan prime mover telah digunakan oleh TUDM untuk membawa aset-aset persenjataan bagi dipertontonkan kepada ribuan orang ramai yang membanjiri Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara selepas dua tahun tiada sambutan kemerdekaan diadakan kerana pandemik COVID-19.

Kenderaan prime mover pertama membawa peluru berpandu yang digunakan oleh pesawat Sukhoi Su-30MKM iaitu 1 x Misil KH-31A yang merupakan “air to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile”.

(kredit TUDM)

 

Kenderaan itu turut membawa 1 x Misil KH-31P yang merupakan “air to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile” dan 1 x Misil KH-59 adalah “air to ground missile” yang berfungsi sebagai “land attack missile”. 

Kenderaan prime mover kedua pula membawa 1 x Misil KH-29 yang merupakan “air to surface missile” dan berfungsi untuk memusnahkan sasaran yang luas dan menghancurkan struktur bangunan yang besar serta 3 x Misil 190ul. 

(kredit TUDM)
(kredit TUDM)

 

Manakala kenderaan prime mover ketiga pula membawa 1 x Misil AIM-120 AMRAAM dikenali sebagai “Advanced Medium-Range Air-to-Air Missile” yang digunakan oleh pesawat Hawk dan Hornet, 1 x Misil AIM-7 SPARROW iaitu peluru berpandu dari jenis “Medium-range, semi-active radar homing air-to-air missile” yang digunakan oleh pesawat Hornet.

Kenderaan juga membawa 1 x Misil AGM84 HARPOON iaitu “air to surface missile” dan berfungsi sebagai “anti ship missile”, 1 x Mk 82 JDAM iaitu “general purpose bomb” yang dipasang dengan “guided kit” bagi mengawal pergerakan bom apabila dijatuhkan.

(kredit TUDM)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

 

(kredit TUDM)

 

Berat bom adalah 500 lb dan digunakan untuk serangan “air to ground” dan 1 x Mk 83 JDAM iaitu “general purpose bomb” yang dipasang dengan “guided kit” bagi mengawal pergerakan bom apabila dijatuhkan_Berat bom adalah 1000 lb dan digunakan untuk serangan “air to ground”.

Selain sistem-sistem persenjataan, pesawat-pesawat TUDM termasuk Su-30MKM, F/A-18D Hornet, Hawk, C-130, A-400M, helikopter EC-725 dan Pilatus turut ke udara untuk bersama-sama mengadakan pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara.

— DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

BomfeaturedHari KemerdekaanPeluruPesawatTUDM
Comments (0)
Add Comment