Russia Permoden “White Swan”, Pengebom Tu-160M Untuk Gempur Musuh

Dikala hubungan di antara Russia dengan seteru utamanya, Amerika Syarikat amat tegang akibat konflik di Ukraine, Moscow telah berbelanja besar untuk meningkatkan kemampuan cegah-rintang platform-platform nuklearnya yang juga dipanggil "triad", dengan pesawat pengebom Tu-160M dimodenkan adalah aset utama triad itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Prototaip pesawat pengebom strategik Russia yang telah dimodenkan dan dipertingkatkan kemampuannya, Tu-160M yang dipanggil “White Swan” atau “Blackjack” oleh NATO baru sahaja  memulakan program ujian dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan negara itu dan syarikat yang membangunkan pesawat itu.

Dibangunkan oleh PJSC Tupolev United Aircraft Corp, prototaip pesawat pengebom strategik diserahkan pada Kementerian Pertahanan Russia Disember tahun lepas.

Dikala hubungan di antara Russia dengan seteru utamanya, Amerika Syarikat amat tegang akibat konflik di Ukraine, Moscow telah berbelanja besar untuk meningkatkan kemampuan cegah-rintang platform-platform nuklearnya yang juga dipanggil “triad”, dengan pesawat pengebom Tu-160M dimodenkan adalah aset utama triad itu.

Moscow merancang untuk memodenkan pesawat-pesawat Tu-160 yang masih dimilikinya dengan enjin baru dengan kemampuan dipertingkat dan sistem elektronik yang baru bagi membolehkannya menangani cabaran keselamatan pada ketika ini.

Pesawat-pesawat baru Tu-160 juga akan dibina bagi memenuhi keperluan tentera Russia.

“Pesawat Tu-160 adalah pesawat paling penting dalam triad nuklear Russia,jadi usaha pemodenan pesawat itu dan penyambungan produksi pesawat pengebom strategik adalah keutamaan kita.”

“Kemampuan pesawat Tu-160 yang dipermodenkan itu adalah lebih baik daripada pesawat pengebom sebelum ini dari segi charateristic, dengan penerimaan peralatan radio-electronic, enjin NK-32-02 dan sistem-sistem yang lain. Dalam tahun-tahun akan mendatang, produksi pesawat pengebom strategik ini akan dipertingkatkan,” kata ketua pengarah Rostec State Corporation Sergey Chemezov.

Pesawat pengebom strategik Tu-160M dilengkapkan dengan sistem persenjataan yang canggih serta peralatan peperangan elektronik dan sistem avionik menggunakan teknologi Russia yang canggih.

Antara ciri-ciri pemodenan pesawat pengebom strategik itu yang paling ketara adalah pengenalan radar di bahagian belakang pesawat, yang akan mengesan sebarang ancaman yang datang daripada belakang pesawat, sama ada ia peluru berpandu anti-pesawat atau pesawat pejuang.

Sebaik sahaja radar itu mengesan sebarang ancaman yang mendatang itu daripada arah belakang, pesawat boleh melancar peluru berpandu anti-pesawatnya yang tersendiri.

Pesawat-pesawat pengebom strategik yang dipermodenkan, Tu-160M akan dilengkapi dengan enjin baru NK-32-02 yang telah dipertingkatkan kemampuannya, walaupun pada masa yang sama lebih effisiyen daripada segi penggunaan minyaknya.

Ia membawa maksud bahawa pesawat pengebom strategik yang dipanggil “White Swan” itu boleh terbang dan beroperasi dalam jarak yang lebih jauh.  

Prototaip pesawat pengebom strategik Tu-160M melakukan penerbangan sulongnya pada Januari taun lepas, di mana pesawat itu berlepas daripada pangkalan udara milik Kazan Aviation, yang merupakan anak syarikat Tupolev.

Peluru berpandu KH-101

 

Pada Disember 2022 pula, prototaip pesawat pengebom strategik Tu-160M yang kedua telah melakukan penerbangan sulongnya selepas ia dimodenkan dan dinaiktaraf.

Pesawat pengebom strategik Tu-160 mula berkhidmat dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet pada tahun-tahun 1980-an dan ia berada di dalam produksi sehinggalah tahun 1995.

Bagaimanapun pada tahun 2015, Presiden Vladimir Putin mengarahkan supaya pesawat Tu-160 itu dipertingkatkan kemampuannya dan dinaiktaraf supaya ia dapat terus berkhidmat sehinggalah pesawat pengebom baru, PAK-DA membuat kemunculannya dalam beberapa tahun mendatang ini.

Pesawat pengebom strategik Tu-160M dilaporkan membawa peluru berpandu KH-101 yang dilengkapkan dengan kepala peledak konvensional, high-explosive, cluster, volumetric detonating dan nuklear, dengan jarak serangan sejauh 4,500km.

Pada ketika ini, Tentera Udara Russia dikatakan memiliki 16 pesawat pengebom strategik Tu-160 dan bercadang membeli sehingga 50 buah pesawat itu pada masa depan. — DSA

 

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

featuredRussiaTu-160TupolevWhite Swan