TLDM Terima Kapal LMS Ketiga Bulan Ini, Tiga Pesawat MSA TUDM Siap November

Manakala, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula akan menerima tiga buah pesawat CN-235 yang dinaiktaraf kepada Maritime Surveillance Aircraft (MSA) pada penghujung bulan November depan pula.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada hujung bulan ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka menerima kapal Littoral Mission Ship (LMS) ketiganya yang dibina di limbungan kapal di China, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Manakala, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula akan menerima tiga buah pesawat CN-235 yang dinaiktaraf kepada Maritime Surveillance Aircraft (MSA) pada penghujung bulan November depan pula.

Sebagaimana yang kita tahu, tiga buah CN-235 itu dinaiktaraf di PT Dirgantara (OEM) dibawah program Maritime Security Initiative (MSI) kerajaan Amerika Syarikat.

Itulah yang diperkatakan oleh Hishammuddin, pada sidang media di Parlimen petang tadi.

Kedua-dua aset untuk TLDM dan TUDM (bukan suatu berita yang baru) merupakan sebahagian daripada usaha Menteri Pertahanan itu untuk memenuhi KPI (Key Performance Index) 100 hari sebagaimana yang dikehendaki oleh Perdana Menteri.

Pesawat CN235 milik TUDM yang sedang dinaiktaraf kepada Maritime Surveillance Aircraft (MSA) — Gambar kredit @fahmioden

 

Bagi yang mengharapkan ada pengumuman tentang aset-aset baru pada sidang media petang tadi, ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan kerana LMS dan MSA ini adalah ongoing project

Persoalan-persoalan tentang aset-aset baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak timbul pada sidang media Menhan petang tadi, mungkin “hilang” disebalik keghairahan media tempatan tentang MoU antara kerajaan dan pembangkang. (confidence and supply agreement)

Soalan pertama yang ditanya oleh wartawan pada sidang media petang tadi pun mengenai reaksi Menhan tentang MoU kerajaan dan pembangkang, mengesahkan lagi tentang “kepentingan” isu pertahanan di mata media-media mainstream negara ini.

Admin harapkan ada di antara wartawan yang menghadiri sidang media Hishammuddin itu mengemukakan soalan-soalan kepada beliau, sebagai contoh, berkenaan status enam buah helikopter penyerang ringan/scout MD530 G, terutama berkenaan tarikh “kepulangannya” ke tanahair.

Apa cerita ni, beli enam bijik je tapi menunggunya sampai bertahun-tahun?

Helikopter tempur ringan jenis MD-530G

 

Selain itu kita juga nak tahu serba-sedikit maklumat mengenai projek Littoral Combat Ship (LCS) selepas kerajaan memutuskan untuk melantik semula syarikat Boustead sebagai kontraktor utama projek pembinaan enam buah LCS itu.

Bila rakyat Malaysia boleh melihat kapal LCS yang pertama belayar? Persoalan ini sepatutnya ditanya kepada Menhan pada sidang media petang tadi.

Kita juga hendak tahu bila kapal LCS kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam akan siap pembinaannya dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM?

Dalam keadaan situasi di Laut China Selatan yang semakin bergelora akibat sikap agresif China yang mendakwa 90 peratus daripada perairan strategik itu sebagai miliknya, kehadiran LCS sebagai surface combatant TLDM yang paling berkuasa amat-amat diperlukan dalam mempertahankan kedaulatan maritim kita.

Banyak lagi persoalan yang bermain di kepala admin tidak dijawab, tetapi “apa nak buek”, kita ni golongan marhaen je, “our voice don’t count.”

Kapal Littoral Combat Ship (LCS) TLDM

 

DEFENCE SECURITY ASIA

LMSMenhanMSA